Syarat Hamas Gabung dengan PLO

Selasa, 7/12/2004 – Dr. Mahmud Zehar menyebutkan bahawa faktor-faktor utama dalam piagam yang diajukan Hamas kepada organisasi Fatah adalah hak-hak nasional, keadaan dalamannya dan hubungan antarabangsa dengan semua kaitannya.

Beliau menambah lagi, Hamas tidak akan berdiam diri dan melupakan keadaan PLO suatu masa dulu, dimana penjajah Israel berniat menghapuskan Palestin dan beberapa masalah yang dihadapi oleh rakyat Palestin terutama hak untuk kembali.

Israel mengisyaratkan bahawa dalam piagam yang diajukan Hamas menjelaskan mekanisma meliputi wilayah penempatan Yahudi yang ditinggalkan Israel. Terutama wilayah yang hendak ditinggalkan Israel di Semenanjung Gaza dan empat penempatan Yahudi di Tebing Barat.

Pihak Hamas, tidak akan memberikan solusi yang tidak mencerminkan aspirasi rakyat Palestin saat ini. Palestin pernah ditemukan berbagai macam solusi, yang banyak terdapat dalam kesepakatan Oslo, yang kemudiannya gagal. Zehar menyatakan, Hamas yang diwakili oleh Khalid Mishal akan bertemu dengan Mahmud Abbas di Damaskus untuk membicarakan masalah-masalah yang di hadapi dan kemudian mengambil keputusan dengan memulakan dialog dalaman Palestin.

Pada waktu yang sama, Sami Abu Zuhri, juru bicara Hamas menyatakan kepada Islamonline, bahawa bagi Hamas, PLO merupakan salah satu hasil perjuangan besar rakyat Palestin dan harus dijaga. Ia menambah lagi, gerakan Hamas perlu untuk terlibat dalam organisasi besar ini. Namun pihaknya tidak akan membicarakan hal-hal berkaitan penggabungan. Akan tetapi Hamas ingin semuanya kembali diformat dan PLO dibangunkan di atas politik dan organisasi baru yang memungkinan semua kekuatan Palestin bergabung di dalamnya.

Keadaan PLO sekarang amat buruk dan itulah realitinya. Sayang sekali kerja organisasi dipinggirkan dan PLO masih bersendirian dalam menentukan halatuju mereka. Mereka melupakan kekuatan besar seperti Hamas untuk ikut dalam membuat keputusan. Oleh itu, harus ada format organisasi kembali yang sesuai dengan keadaan yang baru, jika itu terjadi maka Hamas akan bekerjasama dalam organisasi tersebut.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.