Kematian Suci


Sebagai seorang pengawal peribadi kepada pemimpin HAMAS, Abdul Aziz al-Rantissi, tidak ada apa yang boleh dilakukan Akram Nassar bagi menahan serangan Israel untuk mengorbankan mereka berdua.

?Saya sedar (terhadap risiko yang ditanggungnya) tetapi soalannya ialah bila beliau akan mati sebagai seorang syahid, sama ada dengan al-Rantissi atau di tempat lain di medan pertempuran,? kata bapanya, Mansi Nassar, 65.

Sebagai seorang pengawal peribadi kepada pemimpin yang memperjuangkan pembebasan Palestin, tugas ini adalah kerjaya seumur hidup dan terlalu singkat, namun di Tebing Gaza, kawasan yang sejak tiga setengah tahun lalu semakin meningkatnya konflik yang menyemarakkan budaya jihad, ramai sangat berminat dengan kerjaya ini.

Dengan kedua-dua tangannya memegang erat raifal, Akram sentiasa berada di sisi al-Rantissi sama ada dalam ceramah, perhimpuanan atau majlis keagamaan. Pada hari kejadian 17 April lalu yang menyaksikan kematian(syahidnya) al-Rantissi, Akram pada waktu itu berada bersama beliau dalam kereta.

?Dalam setiap perjhimpunan atau perjumpaan, kami memantau pergerakan udara Israel dan seboleh mungkin memastikan pemimpin kami berada di dalam bangunan sehingga kami pasti ancaman sudah tiada. Bagaimanapun kami tidak boleh sentiasa perkara ini.? Kata seorang pengawal peribadi yang bekerja dengan seorang pemimpin di Gaza.

?Bagaimanapun, kami tidak berupaya mengesan deruman senjata membunuh yang tidak dapat dilihat dan didengar,? katanya.

Sekurang-kurangnya sebelas pengawal peribadi mati sejak pertengahan 2002 apabila Israel mula menghalakan sasaran mereka ke arah pemimpin pejuang Palestin dan ini belum dikira mereka yang mati dalam serangan terhadap ketua pelbagai pasukan pejuang pembebasan lain.

Seorang pemimpin berkata, walaupun tidak banyak yang boleh dilakukan oleh pengawal peribadi bagi mengelakkan kejadian pembunuhan yang dirancang, bagaimanapun mereka mampu mengelakkan beberapa kejadian bahaya.

?Pengawal peribadi sentiasa menjadi orang penting. Syahid bersama pemimpin adalah sesuatu yang dicita-citakan mereka dan tidak pernah menganggap ia sebagai satu kerugian,? katanya. Akram, seperti mana pengawal peribadi yang lain, juga bertindak sebagai pembantu peribadi. Beliau akan menjawab panggilan telefon dan mengaturkan perjumpaan untuk al-Rantissi di lokasi rahsia bagi mengelakkan serangan mengejut Isreal.
Mereka juga selalunya dianggap lebih sebagai anggota keluarga. Seorang anak lelaki al-Rantissi hampir lumpuh dalam satu serangan pada Jun tahun lalu, manakala dua anak lelaki pemimpin Hamas, Sheikh Ahmad Yassin cedera parah dalam serangan helicopter pada 22 Mac lalu yang mengorbankannya.

Mahmoud al-Zahar, seorang pemimpin tertinggi HAMAS di Gaza kehilangan anak sulungnya dalam satu cubaan membunuhnya September tahun lalu. Pengawal peribadi akan memastikan cara terbaik untuk mengelakkan pemimpin mereka daripada sebarang serangan. Pengawal peribadi yang terselamat dalam sebarang cubaan bunuh sentiasa mengakui bahawa serangan ke atas mereka berdua selalunya bukan pada masa yang sama.

?Saya berharap agar dapat mati seperti mereka tidak lama lagi,? kata seorang bekas pengawal peribadi Yassin. Seperti juga pemimpin mereka, poster pengawal peribadi, mereka yang syahid dalam serangan tentera Israel juga pengebom berani mati akan ditampal di dinding dan sering digambarkan sebagai tentera jihad.

Ganjaran syurga terhadap mereka yang mati syahid adalah antara daya penarik di kalangan anak muda terutama mereka yang mendiami kawasan pertempuran berhampiran khemah pelarian Gaza yang serba kekurangan. Mereka tidak gentar senjata Yahudi!.

Sumber : Berita Minggu, Ahad 16/5/04

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.