Masjid al-Aqsa di dalam bahaya

Oleh Maszlee Malek(kolumnis Palestinkini)

Sewaktu pihak berkuasa tempatan Palestin (PA) berusaha untuk membawa jasad Arafat pulang ke Baitul Maqdis dari Peranchis selepas 11 November 2004 untuk disemadikan di sana, Menteri keadilan (undang-undang) Israel menjawab: ?Baitul Maqdis adalah tanah untuk raja-raja Yahudi dan bukannya untuk pengganas Arab seperti Arafat?.

Jelas, secara terang tanpa berselindung lagi, Baitul Madqis telah dianggap oleh pihak Zionis sebagai tanah mereka dan orang Arab (samada muslim mahupun Kristian) tidak mempunyai apa-apa hak ke atas tanah tersebut. Ehud Barak pun sewaktu dipilih untuk menjadi Perdana Menteri Israel dengan tegas menyatakan di dalam ucap tamanya: ?Baitul Maqdis adalah ibu negara Erezt Yizrel buat selama-lamanya!?. Mengatakan pihak Zionis bersedia untuk bertolak ansur di atas pemilikan Baitul Maqdis adalah seperti mengatakan Shakespear adalah orang yang pertama mencipta telefon.

Adakah generasi akan datang tidak akan mengenali masjid al-Aqsa ?


Hatta sewaktu perjanjian ?Camp David? kedua yang dihadiri oleh Arafat, Barak dan Clinton pada Julai 2000, Barak tetap mempertahankan pemilikan kaum Yahudi ke atas bandar suci Baitul Maqdis dan juga kawasan al-Haram al-Sharif (walaupun ada menawar kekuasaan PA ke atas bahagian timur kota tersebut, namun mereka tetap menginginkan kekuasaan mutlak ke atas kota tersebut). Clinton yang cuba membawa penyelesaian yang bijak ?kononnya- telah mencadangkan supaya masjid al-Aqsa dipindahkan ke kawasan lain supaya kawasan yang sedia ada boleh diserahkan kepada orang-orang Yahudi. Menurut Clinton, perbuatan tersebut akan menjadikan bandar Baitul Maqdis sebagai ?tourism spot? yang boleh menjana ekonomi yang pesat buat negara Israel dan akan mengguntungkan semua pihak! (Kita tidak salahkan Clinton yang mungkin masih lagi mabuk asmara dengan Monica Lewis pada waktu itu)

Mengapa pihak Zionis begitu bernafsu untuk menguasai kawasan Baitul Maqdis dan juga masjid al-Aqsa?, apakah yang menjadi motivasi kepada mereka untuk menjadika kawasan tersebut sebagai ibu negara mereka sampai bila-bila?, sudah tentu terdapat sesuatu yang istimewa pada kawasan tersebut di dalam hati, ataupun agama mereka. Jika tidak masakan mereka bersungguh-sungguh hendak mendapatkannya. Mungkin apa yang dikatakan oleh David Ben Gurion pada tahun 1947 boleh menjawab persoalan ini: ?No city in the world, not even Athens or Rome, ever played as great role in the life of a nation for so long a time a Jeruslaem had done in the life of Jewish people?

Mengapa ianya memainkan peranan yang begitu penting dalam kehidupan Yahudi?, Sudah tentu kerana menurut ?Old Testament? ataupun ?Torah? yang dipercayai oleh kaum Yahudi menyebutkan di kawasan tersebutlah terdapatnya ?Haikal? ataupun kuil yang telah dibina oleh nabi Sulaiman di zaman kegemilangannya. Bagi kaum Yahudi dan Zionis, kegemilangan zaman tersebut hanyalah milik mutlak kaum Yahudi dan tidak boleh dijadikan kredit bagi bangsa mahupun agama lain di muka bumi ini. Haikal tersebut yang dipercayai sebagai tempat ibadat utama bagi kaum Yahudi itu terletak di bukit Moravia, iaitu di mana terletaknya Kubah al-Sahra sekarang ini. Menurut sejarah mereka juga, ianya telah diruntuhkan sebanyak dua kali, kali yang pertama pada 586 sebelum Masihi oleh Nebuchadnezar, maharaja kerajaan Babylon. Kesan daripada mala petaka yang pertama itu, kaum Yahudi telah dibawa sebagai hamba ke Iraq dan mendiami Iraq sehingga beberapa tempoh (tempoh ini telah diceritakan secara terperinci di dalam Old Testament di bawah juzuk ?The Exiles?. Kemudian muncul Cyrus, maharaja Parsi yang telah membawa mereka pulang ke Baitul Maqdis. Selepas beberapa lama, Maharaja Herods, yang berketurunan Yahudi telah membina semual kuil tersebut. Sayang, kuil tersebut tidak bertahan lama, pada tahun 70 selepas masihi, Titus, panglima perang Julius Ceaser telah menyerang Baitul Maqdis dan merobohkan kuil tersebut buat kali kedua. Semenjak peristiwa tersebut, kuil ataupun haikal yang menjadi lambang keimanan kaum Yahudi itu hanya tinggal kenangan yang termaktub dalam kitab-kitab suci mereka sahaja. Sehingga tahun 114 Masihi, Yahudi terakhir telah keluar dari bumi Baitul Maqdis. Semenjak tempoh itu jugalah kaum Yahudi telah mencipta rukun iman yang baru mereka, iaitu mereka tidak akan pulang ke Baitul Maqdis sehinggalah munculnya ?Messiah? (penyelamat) yang akan mengumpulkan kaum Yahudi di sana menjelang hari kiamat. Rukun iman ini terus menjadi kepercayaan kaum Yahudi di serata dunia sehinggalah ke hujung kurun ke-19.

Apabila Eropah dilanda dengan kebangkitan golongan kristian Protestant, kaum Kristian di Eropah telah mula melakukan ?penyemakan semula? terhadap kitab suci mereka. Antara aqidah mereka yang telah di?semak semula? ialah perihal kedatangan Jesus (baca: Nabi Isa A.S.) semula ke dunia di Baitul Maqdis menjelang millenium kedua tahun Kristian. Walau bagaimanapun, untuk muncul semula di Baitul Maqdis, suasana seperti munculnya buat kali pertama perlu diwujudkan. Beliau tidak akan muncul kecuali selepas terbinanya ?Haikal? yang telah disebutkan di dalam ?Old Testament?. Oleh yang demikian, untuk menyambut kedatangan semula Jesus, Haikal perlulah dibina semula, dan orang-orang Yahudi hendaklah dikumpulkan sekali lagi di Baitul Maqdis. Untuk apa?, untuk disembelih oleh Jesus, sepertimana mereka ? menurut dakwaan mereka – telah membunuh Jesus suatu waktu dahulu.

Ide golongan Protenstant untuk membawa pulang kaum Yahudi dan membina Haikal ini telah disambut baik oleh golongan sekularis dan juga golongan Protestant Yahudi (Haskalah). Akhirnya melalui gerakan Zionis yang telah ditubuhkan secara rasmi di Basil, Switzerland pada 1897, mereka bersetuju untuk membawa pulang orang-orang Yahudi dari serata dunia ke bumi Palestin dan Baitul Maqdis. Pandangan ini walaupun pada awalnya dipandang sinis oleh majoriti kaum Yahudi dari serata dunia, terutamanya golongan Ortodoks. Mengapa tidak, ianya bertentangan dengan rukun iman mereka yang mengatakan mereka tidak akan pulang ke Palestin dan Baitul Maqdis kecuali hanya selepas kemunculan Messiah. Ide golongan Zionis ini walau bagaimanapun telah menjadi popular selepas beberapa tempoh kerana dua perkara utama. Perkara yang pertama ialah kemunculan seorang Rabbi Yahudi dari Eropah pada tahun 1925M bernama Rabbi Cook the Elder yang telah mengeluarkan fatwa bahawa Messiah akan datang dalam dua peringkat. Menurut beliau, kitab Talmud telah menyebutkan bahawa Messiah akan muncul dalam dua bentuk, yang pertamanya Messiah berbentuk fizikal yang telah pun muncul, iaitu gerakan Zionis. Messiah kedua pula, adalah Messiah spiritual yang hanya akan muncul di akhir zaman selepas tertubuhnya Erezt Yizrael (negara Israel) di bumi Palestin dan terbinanya Haikal. Messiah spiritual inilah yang akan memimpin kaum Yahudi pada waktu itu untuk membunuh bangsa lain di dunia. Perkara kedua yang telah mendorong ramai Yahudi berhijrah ke Palestin dan bersiap-sedia untuk membina Haikal ialah peristiwa Holocaust di Eropah, terutamanya di Jerman dan Austria. Penderitaan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh kebanyakan Yahudi Eropah akibat polisi Nuremberg Hitler dan juga siri-siri keganasan lain telah memaksa kebanyakan Yahudi di Eropah berhijrah ke Palestin. Di antara rukun iman dan kehidupan, mereka memilih kehidupan dan akhirnya membanjiri bumi Palestin yang dulunya hanyalah mimpi bagi mereka.

Walaupun nampak kedua-dua golongan Kristian Protestant dan Zionis mempunyai visi yang berbeza , namun wasilah mereka sama. Kedua-duanya ingin menubuhkan semula Haikal yang didakwa dan mengumpulkan orang-orang Yahudi di Baitul Maqdis dan di bumi Palestin. Oleh kerana itu tidak hairanlah di Eropah wujudnya golongan Kristian Zionis dan juga pertubuhan-pertubuhan Kristian yang membantu golongan Zionis untuk membina semula Haikal. Pertubuhan-pertubuhan inilah yang telah menyalurkan dana-dana mereka kepada rejim Zionis dan juga pertubuhan-pertubuhan ekstrimis dan pengganas Yahudi untuk menjayakan cita-cita mereka. Bukan hanya sekadar perancangan dan angan-angan. Golongan-golongan ini telah melamgkah lebih jauh dengan membina pusat-pusat pengkajian untuk menjalankan kajian-kajian berkaitan dengan Haikal yang didakwa itu. Mereka juga telah membina akademi-akademi melatih para arkitek, para agamawan dan juga petugas-petugas Haikal demi memudahkan usaha mereka apabila terbina Haikal tersebut nanti. Seriusnya mereka dalam usaha tersebut, sehinggakan pakaian pekerja-pekerja Haikal dan juga para penyembelih korban untuk upacara ibadat mereka juga telah siap dijahit dan hanya menunggu masa untuk disarungkan kepada mereka-mereka yang telah dilatih dengan upacara-upacara ibadah tersebut semenjak waktu kini lagi (rujuk: Dokumentari ?Statements from the minarets, keluaran Palestinian return centre, UK).

Kawasan suci masjid al-Aqsa bebas dimasuki oleh rejim Zionis

Untuk membina Haikal tersebut di waktu ini adalah mustahil kerana kewujudan masjid al-Aqsa dan juga Kubah al-Sahra. Tidak mungkin dibina kedua-dua tempat ibadat di satu tempat yang sama. Oleh yang demikian, mereka telah merancangkan untuk merobohkan al-Haram al-Sharif di mana di dalamnya terdapat masjid al-Aqsa dan Kubah al-Sahra di dalamnya dan kemudiannya membina Haikal yang mereka impikan itu. Oleh yang demikian, semenjak tahun 1967 lagi terdapat banyak usaha-usaha golongan Yahudi untuk mencemarkan masjid al-Aqsa dan al-Haram al-Sharif . Rejim Zionis walaupun tidak menyatakan hasrat mereka untuk menubuhkan Haikal tersebut, namun dalam banyak keadaan merestui apa sahaja yang dilakukan oleh golongan-golongan ekstrimis mereka terhadap masjid al-Aqsa. Malah penggalian terowong yang kini telah menjangkau 400 meter di bawah masjid al-Aqsa telah menjadi sesuatu yang rasmi dan direstui oleh rejim Zionis. Apabila al-Haram al-Sharif telah dikelilingi dengan terowong di bawah dasarnya, maka binaan dan dasarnya akan goyah dan sebarang gegaran yang kuat akan dapat merobohkan keseluruhan bangunan tersebut.

Tarikh dan apa yang berlaku?

7 Jun 1967 Jeneral Mordechai memasuki kawasan al-Haram al-Sharif dengan kereta perisainya dan menawan bahagian timur al-Quds serta mengambil kunci pintu masuk ?al-Magharibah?.
15 Jun 1967 Kakham tertinggi bagi tentera rejim, Shlomo Ghoron dan 50 pengikutnya menunaikan sembahyang mereka di dalam kawasan al-Haram al-Sharif.
16 Jun 1969Rejim Zionis menawan bahagian barat daya masjid al-Aqsa.
21 Ogos 1969Dennis Rohan, pengganas Yahudi berasal dari Switzerland telah membakar masjid al-Aqsa
11 November 1979 Sekumpulan polis Israel telah melepaskan tembakan ke arah jemaah yang sedang bersolat di masjid al-Aqsa. Tindakan ini telah menyebabkan ramai yang terkorban dan ramai yang tercedera.
19 April 1980 Para kakham Yahudi bermesyuarat di bandar Baitul Maqdis dan berpakat merancang untuk menawan masjid al-Aqsa.
28 Ogos 1981Penemuan terowong yang digali oleh anasir Yahudi di bawah masjid al-Aqsa bermula dari tembok menangis (baca: tembok Buraq)
31 Ogos 1981 Kemusnahan bahan-bahan artifak bercirikan Islam peninggalan pemerintah-pemerintah Islam yang terdahulu di tembok sebelah barat al?Haram al-Sharif akibat penggalian terowong sepanjang bahagian tersebut.
11 April 1982 Seorang tentera rejim, Harry Goldman telah melepaskan tembakan secara membuta tuli ke arah para jemaah yang berada di masjid al-Aqsa. Tindakan ini telah menyebabkan ramai yang terkorban dan lebih 60 orang telah mengalami cedera parah.
2 Julai 1988Menteri keagamaan rejim Zionis telah meluluskan usaha penggalian di bahagian pintu ?al-Ghawanmah? yang menyebabkan terowong yang telah digali menjadi semakin panjang di kawasan bawah sepanjang tembok al-Haram al-Sharif.
8 Oktober 199022 orang telah gugur syahid, manakala 200 yang lain telah cedera parah akibat keganasan tentera-tentera rejim Zionis yang telah melepaskan tembakan di dalam kawasan masjid al-Aqsa.
7 Julai 1996 Kawasan barat daya masjid al-Aqsa telah mengalami keretakan yang dahsyat akibat penggalian intensif yang dilakukan di bawahnya.
24 September 1996 Terowong di bahagian barat masjid al-Aqsa telah dibuka untuk orang ramai dan dijadikan sebahagian daripada kawasan pelancongan untuk orang-orang Yahudi.
28 Januari 1997 Terowong di bahagian barat daya masjid al-Aqsa diperbesarkan lagi sehingga ketinggiannya mencapai sembilan meter. Ini telah menyebabkan dasar bangunan tersebut semakin tidak kuat dan meretak.
3 Oktober 1999 Perdana Menteri rejim Zionis pada waktu itu, Ehud Barak telah merasmikan terowong sebelah selatan masjid al-Aqsa dan menjadikannya sebagai tempat sembahyang kaum Yahudi ekstrimis.
25 Januari 2000 Rejim Zionis melarang lori-lori yang membawa simen dan pasir daripada memasuki kawasan Baitul Maqdis yang bertujuan untuk membaiki keretakan yang terdapat di masjid al-Aqsa.
28 September 2000 Ariel Sharon, perdana menteri rejim Zionis yang baru dilantik telah memasuki masjid al-Aqsa dengan 200 tenteranya yang lengkap bersenjata dan memakai kasut.
Mac 2001 30 buah pertubuhan ekstrimis Yahudi telah bersepakat meletakkan batu asas untuk penubuhan Haikal di kawasan Kubah ?al-Sahra?.
Sepanjang 2001 sehingga 2003 Mereka yang berumur di bawah 45 tahun tidak dibenarkan memasuki masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat.
16 Oktober 2004 Mereka yang berumur di bawah 60 tahun tidak dibenarkan memasuki masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat di bulan Ramadhan.

Dari pihak pelampau dan ekstrimis Yahudi pula usaha mereka lebih terkehadapan. Selain daripada persiapan-persiapan yang telah disebutkan sebelum ini mereka juga telah cuba beberapa kali untuk meletupkan kawasan al-Haram al-Sharif. Jika tidak kerana kaum muslimin cepat menyedari apa yang berlaku, nescaya masjid al-Aqsa telah lama menjadi sejarah. Syeikh Raid Solah, pemimpin gerakan Islam di dalam tanah Palestin yang ditawan semenjak 1948 (kini dipanggil Israel, selain Gaza dan Tebing Barat) dan juga rakan-rakannya yang lain telah banyak mendedahkan usaha-usaha jahat golongan tersebut.

Model kuil Haikal yang akan menggantikan masjid al-Aqsa

Selain daripada usaha secara fizikal, mereka juga telah melancarkan serangan secara psikologi dan juga propaganda. Di seluruh dunia, melalui media-media yang dikawal oleh mereka, pihak Zionis dan juga para pelampau Yahudi telah memberitahu dunia tentang hak mereka terhadap kawasan Baitul Maqdis ataupun apa yang mereka namakan sebagai ?Urshalem?. Melalui dunia akademik pula, pengkajian tentang sejarah kuno Yahudi, cerita mengenai Haikal dan juga era Sulaiman sering dijadikan bahan-bahan kajian yang sengaja dibesar-besarkan. Tidak hairanlah jika mereka berani mengeluarkan beberapa kenyataan-kenyataan yang biadap terhadap masjid al-Aqsa. Selepas peristiwa 911, di Israel (baca: bumi Palestin yang dijajah) sering kedengaran kenyataan-kenyataan yang menyarankan agar ada pihak yang melakukan usaha yang serupa ke atas masjid al-Aqsa.

Bagi pihak rejim Zionis pula, mereka lebih berhati-hati. Walaupun tiada kenyataan dan juga usaha-usaha agresif dan terang-terangan untuk merobohkan al-Haram al-Sharif, namun banyak tindakan mereka mengarah ke arah tujuan tersebut. Segala usaha penggalian terowong, pengambilan tembok Buraq yang kemudiannya ditukar menjadi tembok menangis mereka (dianggap sebagai kiblat bagi orang-orang Yahudi) semenjak tahun 1956 telah cukup menzahirkan niat dan juga agenda tersembunyi mereka. Begitu juga halnya dengan siri-siri keganasan yang telah dilakuakan oleh tentera-tentera rejim dari masa ke semasa di dalam kawasan masjid. Larangan-larangan yang mereka keluarkan terhadap orang Islam dari mengunjungi masjid juga adalah sebahagian daripada peperangan psikologi terhadap umat Islam untuk menyemarakkan perasaan bahawa masjid al-Aqsa sebenarnya adalah di bawah kekuasaan rejim Zionis dan bukannya kaum Muslimin. Propaganda mengenai Haikal tersebut telah di kalangan rakyat Yahudi sudah cukup untuk menyemarakkan sentimen ke arah kawasan tersebut. Bukan hanya sekadar sistem pendidikan mereka sering menceritakan perihal kewujudan Haikal tersebut dan kepentingannya dalam kehidupan orang-orang Yahudi, dalam kehidupan seharian mereka, anak-anak mereka juga didoktrinkan dengan kepentingan Haikal tersebut kepada Erezt Yizrael.

Kesimpulannya, apa yang telah berlaku, sedang dan akan berlaku ke atas masjid al-Aqsa, al-Haram al-Sharif dan juga Kubah al-Sahra merupakan sesuatu yang sepatutnya telah cukup untuk menyedarkan umat Islam. Sebagai kiblat yang pertama bagi umat Islam, bumi Israk dan mikraj serta masjid ketiga suci umat Islam ianya sepatutnya tidak harus dibiarkan hancur dan dirobohkan oleh rejim Zionis dan pelampau-pelampau Yahudi. Jikalaulah keruntuhan masjid Babri di India telah cukup untuk membuatkan umat Islam di India untuk bangkit, selayaknya apa yang berlaku kepada masjid al-Aqsa telah cukup untuk membuatkan umat Islam di serata dunia untuk bangkit dan membebaskannya dari jajahan dan cengkaman rejim Zionis. Ataupun umat Islam hanya akan bangkit setelah masjid al-Aqsa telah dirobohkan dan generasi muslim yang mendatang hanya akan mengenalinya melalui gambar-gambar di dalam buku sejarah mereka, kerana pada waktu itu masjid al-Aqsa sudah tiada lagi, dan yang tinggal hanyalah Haikal Yahudi!

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.