Kerjasama rejim Zionis-Mesir untuk membenteras perjuangan rakyat Palestin ?


Selasa, 7/12/2004 – Menteri Pertahanan Israel, Shaol Mofaz menegaskan hari ini bahawa pihak rejim Zionis telah memeterai perjanjian dengan kerajaan Mesir untuk membenteras apa yang mereka namakan keganasan dari pihak pejuang-pejuang Palestin. Kerajaan Mesir menurutnya telah bersetuju untuk menghalang kegiatan penyeludupan senjata dari Mesir melalui sempadan Mesir-Gaza.

Mofaz ketika ditemui lewat mesyuarat keselamatan dalam negeri dan Knesset rejim Zionis telah dilaporkan berkata bahawa mereka telah merancangkan beberapa tindakan strategik yang dipersetujui oleh kedua-dua buah negara di dalam usaha mengawal keselamatan rakyat rejim tersebut. Menurutnya lagi, sebarang kegiatan yang bertentangan dengan persetujuan tersebut dari pihak Mesir akan dapat dibendung.

Melalui persetujuan tersebut, Mesir akan ditugaskan untuk menjaga sempadan dari penyeludupan senjata dari Mesir kepada para pejuang Palestin. Polis Mesir juga akan ditugaskan untuk melatih tentera PA di Tebing Barat di samping membekalkan maklumat kepada pihak perisikan Zionis. Pihak tentera Zionis pula dibenarkan untuk memasuki Sinai dengan izin kerajaan Mesir.


Rejim Zionis menunjukkan lambang ‘V’ kepada pemerhati antarabangsa semasa menahan seorang remaja Palestin di Hebron.
Gambar ehsan http://www.palestinemonitor.org

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.