Taktik terbaru Hamas menentang rejim Zionis


Tel Aviv, Selasa, 7/12/2004 ? Sumber ketenteraan rejim Zionis melaporkan kematian seorang tenteranya dan kecederaan empat yang lainnya di dalam salah sebuah serangan bom di Gaza. Menurut sumber tersebut, kelima-lima tentera tersebut telah terkena ledakan bom yang dipasang pada daging ayam yang sedang diperiksa oleh mereka.

Briged al-Qassam dari HAMAS dipercayai bertanggung jawab di sebalik serangan yang disifatkan sebagai kaedah terbaru yang penuh strategik di dalam usaha mereka melawan tentera rejim Zionis. Tiada maklumat lanjut yang diberikan lagi oleh sumber rejim Zionis berkaitan pengeboman tersebut.

Para penduduk berdekatan pula mengatakan mereka telah mendengar bunyi letupan yang kuat sebelum waktu solat Subuh dan diikuti oleh bunyi berbalas tembakan di antara tentera rejim dengan para pejuang Palestin. Mereka juga mendengar bunyi helikopter Apache milik tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sasaran para pejuang. Tiada kecederaan dilaporkan dari pihak pejuang Palestin.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.