Adakah anda sanggup meletupkan diri anda sendiri ? – Tim Sebastian


Ini adalah antara soalan? berbau provokasi yang diajukan kepada Dr Azzam Tamimi (DA) daripada INSTITUTE OF ISLAMIC POLITICAL THOUGHT, London pada Selasa , 2/11/2004 yang lalu. Rancangan HARDTALK kelolaan TS sememangnya padat dengan soalan? yang panas. Sebelum ini Palestinkini telah menyiarkan wawancara bersama Khaled Misya’el . Mari ikuti bersama …


Tim Sebastian (TS) : Apa yang difahami adalah anda tidak mahu Yasir Arafat kembali ke Palestin dan anda sependapat dengan rakan anda di HAMAS

Dr Azzam (DA) : Tidak benar sebenarnya, Beberapa minggu sebelum itu, beliau berada di Ramallah dan menjalinkan hubungan dengan HAMAS dan ternyata hubungan tersebut berjaya dijalin.

TS : Tetapi anda juga berkata, kumpulan beliau (PLO) tidak lagi bercakap soal rakyat Palestin ?

DA : Beberapa ketikam mereka tidak lagi bercakap soal rakyat Palestin sejak menyetujui syarat perjanjian Oslo yang digariskan oleh Israel dan Amerika.

TS : Bagaimana pula dengan proses pilihanraya ? Ia di kendalikan oleh Palestinian Centre for Policy & Survey Research.

DA : Saya mempersoalkan kredebilitinya. Berikan rakyat Palestin kebebasan untuk memilih dan saksikan sendiri apa yang mereka akan pilih.

TS : Tetapi anda sendiri tidak menyukai akan keputusannya itu sebab anda menolak proses pilihanraya ini ?

DA : Tidak ! Ramai para akademik dan pemerhati mempunyai keraguan terhadap badan ini yang ditajai Amerika. Kajian yang dibuat badan ini selaras dengan pelan perjanjian damai rekaan Amerika.

TS : Perjanjian damai ?

DA : dan Israel membunuh perjanjian damai tersebut.

TS : Menurut undian, HAMAS mewakili hanya suku daripada populasi rakyat Palestin. Adakah statistik tersebut merisaukan anda ?

DA : Apa yang HAMAS lakukan sekarang adalah apa yang sangat diharapkan oleh rakyat Palestin iaitu kebebasan.. Rakyat Palestin keseluruhannya mahu pulang ke . Perjanjian Oslo yang menyebabkan hak tersebut dicabut !!

TS : Apabila aktivis kemanusian Palestin melakukan kajiselidik terhadap rakyat Palestin dan menanyakan adakah mereka mahu pulang. Majoriti mengatakan tidak mahu malah pejabat aktivis kemanusian di rosakkan . Ini sama sekali bercanggah dengan pemikiran ortodok HAMAS dan Jihad Islami ?

DA : Itu sama sekali tidak berasas. Saya seorang Palestin dan saya mempunyai ramai kenalan Palestin serata dunia. Kami semua mahu pulang.

TS : Dan untuk itu, HAMAS meneruskan siri keganasan ?

DA : Kami tidak memanggilnya keganasan !! Itu adalah JIHAD !!

TS : Tidak penting semua itu, Yang penting pembunuhan telah berlaku! (perhatikan TS cuba memprovok DA !!)

DA : Perhatikan semula sejarah pada awal, Kami rakyat Palestin telah dihalau daripada tanah asal kami

TS : Tetapi cuba perhatikan perbuatan. Ia adalah membunuh bukan ? (TS cuba memerangkap DA )

DA : Ia bukan membunuh !
TS : Kamu boleh memanggilnya perjuangan tetapi ia tetap membunuh bukan ? (Perhatikan gaya TS memerangkap DA)


DA : Tidak ! Tidak ! Tidak ! Rakyat Vietnam telah berjuang dan berjaya memerdekakan diri mereka. Begitu juga dengan rakyat Selatan Afrika .

TS : Kamu lebih selesa memanggilnya perjuangan daripada membunuh ? Apabila menyaksikan remaja Israel berlumuran darah, kamu masih selesa dipanggil perjuangan ?

DA : Jika Israel mahu ia dihentikan, mereka boleh melakukan sekarang tetapi mereka tidak berbuat demikian.

TS : Tolong beritahu saya , adakah anda selesa ia dipanggil perjuangan ?

DA : Saya sendiri tidak rasa senang seseorang dibunuh tetapi jika kamu datang dan ingin membunuh saya , anak saya dan halau saya daripada tanah saya , saya mesti mempertahankan diri atas undang? kemanusiaan dan undang? antarabangsa.

TS : Kamu tidak mempertahankan diri kerana kamu tidak mampu bukan ? Kamu tidak mempertahankan diri.

DA : Sudah tentu kami mempertahankan diri.

TS : Ini adalah tindakan balas dendam bukan ?

DA : Kami mempertahankan diri ! Tanah kami di rampas. Tanyalah mereka yang merampas tanah kami !!

TS : Sejauh mana keberkesanan taktik kamu ?

DA : Sangat berkesan. Sudah tentu sangat berkesan

TS : Kenapa ?Taktik kamu tidak mendapat simpati dunia. Bagaimana kamu merasa ia berkesan ?

DA : Tidak penting semua itu, Seketika dulu, Nelson Mandela pernah dicop pengganas. Apa yang penting adalah apa yang hendak dibuat , apa objektif ? Objektif kami adalah untuk menjadi manusia bebas di tanah kami. Tanah kami telah dirampas oleh orang asing.

TS : Kamu boleh berunding ?

DA : Israel tidak mahu ?.

TS : Mengapa Israel mahu berunding dengan HAMAS yang hanya mengundang kemusnahan ?

DA : Jika mereka tidak mahu, putaran keganasan akan terus bersambung. Mengapa Tony Blair boleh mengadakan rundingan dengan IRA ? Penyelesaian yang mencabut hak rakyat Palestin tidak dapat diterima. Masalah dengan Israel adalah mereka meletakkan pra-syarat.

TS : Apa yang ditawarkan HAMAS adalah keganasan yang berterusan ?

DA : Itu yang Sharon tawar sebenarnya.

TS : Tidak, Itu adalah kenyataan kamu .

DA : Itu yang Sharon tawar sebenarnya.

TS : HAMAS sekarang mendapat sokongan rakyat Palestin dan akan terus berjuang melalui cara berbeza dari PA ?

DA : Sudah tentu

TS : ? dan meneruskan keganasan ?

DA : Tidak ! meneruskan perjuangan. Kamu sengaja mengubah terma tersebut.

TS : Kamu bertindak berbeza dengan makna perjuangan ! Jika kamu pergi ke pasar dan seorang pengebom berani mati (baca : aksi syahid) membunuh orang awam secara tidak adil , kamu masih menggelarnya perjuangan ???

DA : Jika Sharon tidak membunuh rakyat Palestin ?

TS : Sila jawab soalan saya ! ya atau tidak ? (Lihat TS cuba memprovok DA sekal lagi !!)

DA : Kerana Sharon memulakannya ? Sharon membunuh rakyat Palestin ?.

TS : Siapa yang memulakan tidak pentihg?

DA : Ya! Ia sangat penting !!

TS : Adakah kamu (HAMAS) membunuh orang awam ? (cuba mendesak DA supaya berkata YA !)

DA : Penting bagi kami siapa yang memulakannya ?.

TS : Jadi, jawapannya adalah YA !

DA : Tidak , kamu tidak membunuh jika kamu bertindak ke atas serangan. Kami diserang itu persoalannya !!

TS : Jadi wanita dan kanak? (Israel) menyerang kamu dahulu dan kamu bertindak menyerang mereka kembali ? (kenyataan merujuk kepada rakyat Israel yang mati di pasar )

DA : Kenapa tidak tanya kenapa mereka berada di situ dan di mana mereka datang ?

TS : Kamu tidak menyukai imej membunuh di pasar Israel ?

DA : Tidak ! Kami menghadapinya siang dan malam. Saya dapat rasakan ?

TS : Kamu menyukainya ?

DA : Saya dapat rasakan kanak? dan wanita Palestin dibunuh siang dan malam dengan Helikopter Apache, F16 buatan Israel.

TS : Bagaimana pula dengan wanita dan kanak? Israel ?

DA : Mereka tidak akan terbunuh jika kerajaan mereka tidak mengebom rakyat Palestin siang dan malam.

TS : Jadi mereka merupakan mangsa kerajaan Israel ?

DA : Ya !

TS : Kerajaan Israel sendiri membunuh rakyat Israel ? Ia tidak logik Dr Tamimi.

DA : Tentulah logik, mereka di letakkan atas tanah bukan kepunyaan mereka.

TS : Adakah anda mahu Yasir Arafat (YA) kembali ke Palestin ?

DA : Kenapa tidak ? Dia rakyat Palestin. Dia ada hak !

TS : Adakah HAMAS mahu merampas kuasa dari YA ?

DA : Tidak ! Situasi sekarang bukan masa bercakap tentang rampas kuasa ?.

TS : Rakan anda , Khaled Mesha?al dari HAMAS menyatakan pada May 2000, jika reformasi dilakukan, mulakan dengan pucuk pimpinan. Kebanyakkan pimpinan PA patut ditukar.

DA : Ini adalah permintaan rakyat Palestin sendiri.

TS : Jadi anda ingin mengenepikan mereka ?

DA : Rasuah berleluasa di dalam PA dan itu adalah penyebab tidak banyak dapat di lakukan oleh rakyat Palestin.

TS : Sejauh mana keterbukaan dalam HAMAS ?

DA : HAMAS merupakan institusi yang lengkap ?

TS : HAMAS akan bertanggungjawab atas segala tindakannya dan ia dipraktis sehinggan sekarang ?

DA : HAMAS adalah pergerakan pembebasan bukan satu syarikat .

TS : Tetapi anda mengatakan adanya keterbukaan ? Apa jaminannya ?

DA : Jika anda menjadi kerajaan, keterbukaan dan ketelusan patut dilaksanakan. Rasuah wajib diperangi ! tetapi jika pergerakan pembebasan mempunyai gaya yang berbeza ?

TS : Tetapi menurut undian pandangan, jika HAMAS memasuki kepimpinan PA atau jika HAMAS menubuhkan kerajaan, berapa banyakkah sokongan akan di dapati daripada masyarakat antarabangsa ? TIADA ! Sementara itu terus menyokong aktiviti pengeboman ?

DA : Untuk mendapat sokongan kepada pimpinan Palestin adalah diwakilkan oleh rakyat Palestin.

TS : Sejak 1993, EU telah menyumbangkan lebih rm2 billion secara langsung dan tidak langsung kepada PA .

DA : Mari berbicara sebentar dengan EU sebentar. Secara hipokritnya EU membantu PA atas desakan US. EU boleh melakukan secara bebas sebenarnya .

TS : Siapa yang membayar gaji PA, Dr Tamimi ?

DA : Siapa kisah akan gaji tersebut, jika di bayar untuk terus menekan rakyat Palestn !!

TS : Begitu mudah anda berkata. Anda duduk di sini segak berkot dan hidup selesa di kota London. Senanglah anda berkata demikian !

DA : Jika objektif PA utk menjadikan hidup rakyat Palestin lebih selesa, itu adalah betul. Tetapi jika setakat mahu bertindak selari dengan kehendak Israel , siapa peduli dengan kuasa mereka ? Rakyat Palestin di Gaza dan Jenin tidak peduli langsung akan kuasa PA. Mereka mahukan kekuasaan yang berdiri menegakkan hak mereka !

TS : Bila keganasan ini akan berakhir ? Apa tujuannya ?

DA : Ia boleh diberhentikan hari ini jika Israel mahu berunding tetapi mereka sangat sombong.

TS : Berunding dengan siapa ?

DA : HAMAS atau Jihad Islami

TS : Apa ? Organisasi yang akan memusnahkan mereka.


DA : Mereka tiada pilihan. Rakyat Palestin adalah mangsa dan jika Israel mahu jalan keluar , mari datang berunding tanpa pra-syarat.

TS : Apabila saya mengajukan soalan kepada jurucakap HAMAS, Mahmood al-Zahar di Gaza apakah rancangan HAMAS utk menghentikan konflik. Jawapannya tidak jelas, ?Kami tidak akan menerima sebarang negeri asing dalam Palestin?. Jadi beliau mahu menyingkirkan kerajaan Israel. Beritahu saya , kenyataan tersebut adalah salah ? (Perhatikan perangkap soalan TS )

DA : Dalam megelakkan pertumpahan darah ?. (di celah )

TS : Ini penting Dr Tamimi ! Jawab soalan saya.
Apa langkah untuk menghentikan konflik ini ?
Runtuhkan kerajaan Israel ? Boleh Israel hidup bersama rakyat Palestin ?
Adakah rakyat Israel ada hak utk hidup di Palestin ?

DA : Tidak

TS : Tidakkan itu merupakan pra-syarat ? Tadi anda kata tanpa pra-syarat ?

DA : Ini adalah blackmail ! Seperti yang selalu Israel dan US lakukan. Mereka berkata : ?Melainkan anda mengakui hak kami berada di rumah kamu , baru kami mahu berbincang?

TS : Saya tidak berkata demikian. Saya kata ?hak utk hidup bersama rakyat Israel?

DA : Israel tidak ada hak utk tinggal di rumah saya , di tanah ayah saya.

TS : Sementara itu dalam satu forum di internet pada awal 2003 anda ada membuat kenyataan ?Sebagai muslim , syahid bukan berakhirnya segala sesuatu tetapi bermulanya sesuatu yang sangat indah?. Jika itu di anggap indah , kenapa tidak anda sendiri melakukannya ??

DA : Syahid merupakan pengorbanan anda utk sesuatu yang suci.

TS : Anda sedia melakukannya ?

DA : Sudah tentu saya bersedia ?

TS : Adakah anda sanggup meletupkan diri anda sendiri ?

DA : Tidak , Saya cuba terangkan ?

TS : Oooo?.Jadi mereka yang kurang bernasib baik sahaja pergi meletupkan diri ? Anda sendiri tidak bersedia melakukannya ?

DA : Tidak betul konsep meletupkan diri kerana kemiskinan tetapi mereka melakukan kerana segala sumber untuk melawan serangan Israel tiada melainkan rakyat Palestin mempunyai F16 dan helikopter Apache .

TS : Sila balik pada soalan saya ? Adakah anda melakukannya (aksi syahid) ?

DA : Ya ! Saya akan melakukannya ?

TS : Bila ?

DA : Jika diberi peluang ke Palestin saya akan melakukannya. Kenapa tidak ?

TS : Apa yang menghalang anda ?

DA : Saya tidak boleh masuk ke Palestin. Mengorbankan diri untuk Palestin adalah suci dan saya akan melakukan jika mempunyai peluang.

TS : Tetapi Sheikh Mohamed Said Tantawi telah berkata Julai lepas sesiapa sahaja yang meletupkan dirinya adalah musuh Islam.

DA : Pandangan beliau terhadap isu ini berubah sebanyak 3 kali . Pada awalnya, beliau bersetuju dengan aksi syahid tetapi semenjak kerajaan Egypt melantik beliau , pandangan beliau telah berubah sama sekali.

TS : Bagaimana pula dengan pandangan bekas PM Malaysia, Dr Mahathir ?Penyelesaian tidak boleh di tangani dengan membunuh orang tidak berdosa, sebaliknya kita patut merancang dan melaksanakan pelan jangka panjang untuk berjaya dalam semua bidang ?? Tidakkah itu lebih baik ?

DA : Berikan kehidupan pada rakyat Palestin terleih dahulu . Mereka dibunuh siang dan malam.

TS : Terima kasih Dr Azzam Tamimi. Gembira bersama anda dalam program ini.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.