Kenyataan Abbas bukti kegagalannya mengugut dan mencemarkan imej HAMAS.

Isnin, 02/02/2009 – HAMAS mengecam keras kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahmud Abbas -Presiden Palestin yang sudah berkahir tempoh pemerintahannya- yang menentang dialog kebangsaan Palestin dan dialog dengan kumpulan-kumpulan pejuang, dengan menganggap kenyataan tersebut menunjukkan krisis parah yang dialaminya selepas tempoh pemerintahannya tamat.

Abbas dalam kenyataannya menggesa agar tidak ada dialog diadakan dengan pihak yang tidak mengiktiraf Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Beliau juga menjadikan pengiktirafan tersebut sebagai syarat untuk berdialog dengan HAMAS. Dalam kenyataannya itu juga beliau memperli perjuangan penentangan Palestin yang telah memperlihatkan keberanian yang tinggi serta mengatakan bahawa perjuangan itu merupakan suatu tindakan yang merisikokan nasib rakyat Palestin sendiri.

Jurucakap HAMAS, Fawzi Barhoum menegaskan dalam satu kenyataan akhbar bertulis yang diedarkan, kenyataan Abbas itu menunjukkan kegagalannya menggunakan seluruh opsyen yang ada untuk mengugut HAMAS dan mencemarkan imejnya dan juga kumpulan pejuang lain. Kenyataan itu juga bertujuan memandul dan menggugurkan sentimen simpati dan sokongan yang telah ditunjukkan oleh peringkat serantau dan antarabangsa, juga oleh rakyat Palestin sendiri kepada HAMAS dan kepada penduduk Gaza serta kumpulan-kumpulan pejuang lain. Ini juga menunjukkan betapa parahnya krisis yang sedang dihadapi oleh Abu Mazin dan kumpulan pentadbirannya di Ramallah yang sudahpun tamat tempoh pemerintahannya.

Barhoum berkata, “kami menegaskan juga bahawa kenyataan tersebut yang dikeluarkan dalam nada yang telah dinyatakan dan pada waktu ini, sedangkan usaha yang banyak sedang dijalankan bagi menjayakan dialog kebangsaan Palestin, merupakan tindakan menggagalkan segala usaha yang sedang dijalankan itu oleh pihak Palestin, Mesir dan Arab, yang bertujuan menjayakan dialog kebangsaan Palestin sehingga kita beroleh perdamaian kebangsaan sebenar.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

2 thoughts on “Kenyataan Abbas bukti kegagalannya mengugut dan mencemarkan imej HAMAS.

Comments are closed.