Penduduk Israel Bantah Perintah Pengunduran Sharon

Selasa, 21/12/2004 – Kumpulan penduduk Israel (baca: rejim Zionis) hari ini mengumumkan tidak akan mengundurkan diri dari koloni Yahudi di tanah Palestin. Sementara itu, pengerusi Kounsil YESHA, Bentzi Lieberman berkata “Kami tetap dengan pendirian kami iaitu membantah sebarang keputusan yang kami anggap sebagai jenayah antarabangsa menghalau Yahudi dari rumah kami (baca: tanah Palestin yang dijajah rejim Zionis)”.


“Kami tidak hirau jika meletus peperangan kerana ini”ujar beliau. Pegawai keselamatan Israel menyatakan kebimbangan akan berlakunya pertembungan antara penduduk Yahudi (baca: rejim Zionis) dan penduduk Palestin.

Adakah perintah pengunduran ini hanya helah politik Sharon utk meneruskan lagi operasi pembantaian rakyat Palestin ??

Di bawah undang2 yang telah berkuatkuasa, jika penduduk Israel menghalang pihak keselamatan Israel mengeluarkan mereka dari koloni, hukuman penjara 5 tahun boleh dijatuhkan jika sabit kesalahan.

Pemimpin YESHA itu mewakili 240, 000 penduduk Yahudi yang sekarang tinggal di Tebing Barat

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.