Israel Tidak Akan Lepaskan Tahanan Hamas dan Jihad Islami

Selasa, 21/12/2004 –Menteri Luar Israel, Silvan Shalom dan Ketua Perisik Dalam Negeri Israel ?Shabak?, Evy Deghter tidak berniat membebaskan tahanan dari kumpulan Hamas dan Jihad Islami yang sebahagian mereka termasuk dalam tahanan yang akan dibebaskan oleh kerajaan Zionis-Israel.

Laporan semalam, menyatakan sebuah komiti yang dipimpin oleh Ariel Sharon memutuskan akan melepaskan 170 tahanan Palestin dari penjara Zionis-Israel.

Sebelum daripada itu, kerajaan Zionis-Israel telah memutuskan untuk membentuk sebuah jawatankuasa khusus yang akan menjalankan pendaftaran nama-nama tahanan Palestin yang bakal dibebaskan sebagai bentuk inisiatif baik kepada Mesir. Sebelum itu, Presiden Mesir, Muhammad Hosni Mubarak, telah membebaskan perisik-perisik Israel. Jawatankuasa khusus itu telah bersetuju untuk segera mebebaskan tahanan Palestin yang telah didaftar seperti yang telah disiapkan oleh pihak Shabak dan penjara Zionis-Israel. Kerajaan Zionis-Israel itu tidak akan berganjak daripada keputusan bagi membebaskan tahanan yang mana dianggap sebagai pengancam.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.