Dunia Bisu


Dunia,
Bangunlah dari lenamu,
Tatapan bisu itu
Sudah tidak relevan
Pandangan kosong itu
Sudah tidak diperlukan

Tidak akan berundur
Si durjana itu
Kiranya engkau
tidak menghambat

Kemuncak mereka
Si kuil itu
Sedang Al Aqsamu
Menjadi taruhan

Engkau masih
Membisu
Bisu seribu bahasa
Kelu umpama
Tidak berlidah

Engkau masih lena
Diulit syaitan
Sedang si ganas itu
Cerah matanya
Menyembelih saudaraku

Sebilionmu
Membenarkan kezaliman itu
Sedang syahadah kita sama
Ungkapannya.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.