Sheikh Amran dari HAMAS dipanjangkan tempoh tahanan

Jumaat, 24/12/2004 – Tahanan politik Palestin di penjara yg terletak digurun Negev iaitu Syeikh Tayseer Amran daripada bandar Nablus telah dipanjangkan tempah tahanan buat kali ke-3. Beliau diberitahu 5 hari sebelum beliau sepatutnya dibebaskan. Beliau berumur 45 tahun telah pun sebelum ini dipenjara selama 19 bulan tanpa bicara.


Beliau merupakan pemimpin politik gerakan HAMAS di bandar Nablus telah pun berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Bekerja sebagai imam dan khatib membaca kutbah dimasjid Rawda, Nablus. Tempoh tahanan dipanjangkan selama 3 bulan lagi.

Adik beliau, Yousef al-Sorkaji merupakan komander brigade al-Qassam telah pun syahid di Tebing Barat.

Sementara itu, tahanan politik Ra’ed Qaderi juga dipanjangkan tempoh tahanan selama 4 bulan setelah rayuannya ditolak. Hingga kini beliu telah merengkok dalam penjara selama 42 bulan.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.