Zionis baling bom ketika solat subuh

Isnin, 27/12/2004 –Zionis telah melemparkan 2 biji bom(firebomb) ke atas Masjid Hassan Bek di Haifa, ketika umat Islam sedang mendirikan solat subuh.

Bom tersebut mengakibatkan sebahagian bangunan masjid itu terbakar. Para jemaah berjaya memadamkan kebakaran sebelum merebak ke keseluruhan bangunan. Salah seorang jemaah memberitahu, jika tiada jemaah yang menunaikan solat ketika itu, sudah pasti masjid itu kini hanya tinggal debu akibat serangan melampau itu.

Sebelum ini, fanatik yahudi pernah membaling kayu dan batu yang turut mencederakan jemaah ketika solat. Kini mereka sudah berani mencuba untuk memusnahkan keseluruhan bangunan masjid ini.
Serangan pada kali ini merupakan salah satu serangan yang dilakukan oleh Zionis yang mula obsess menyerang masjid sejak 2001.

Mereka mahu umat Islam tidak lagi menunaikan solat jemaah di masjid Hassan Bek ini. Tiada kehilangan nyawa dilaporkan dalam serangan kali ini dan doa kita mudah-mudahan Allah s.w.t sentiasa memberi kesejahteraan yang berpanjangan ke atas umat Islam.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.