Kumpulan2 Palestin mengecam persidangan anjuran Blair

Isnin, 27/12/2004 – Kumpulan2 Palestin hari ini mengecam rancangan Tony Blair (PM Britain) utk menganjurkan persidangan Timur Tengah yang kelihatan lebih berat kepada kemahunan Israel. Persidangan yang pada asalnya memfokuskan kepada reformasi politik dan ekonomi Palestin telah bertukar kepada mencampuri urusan dalaman Palestin atas tekanan Israel.


“Persidangan ini jelas mengikut kehendak Amerika dan Israel” kata wakil kumpulan yang mewakili gerakan Fatah,Hamas dan Jihad Islami.Walaubagaimanapun, situasi berbeza kepada pemimpin yang dikatakan mempunyai peluang cerah menggantikan kerusi Yasir Arafat, Mahmud Abbas yang merestui persidangan tersebut setelah mengadakan perbincangan dengan Blair di Tebing Barat minggu lalu.

Perdana Menteri Palestin, Ahmad Quraya mengambil pendirian tidak bersetuju. Pendapat Quraya selari dengan Hamas.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.