Isu Palestin menurut kaca mata Dr Azzam Tamimi

Oleh Maszlee Malek(kolumnis Palestinkini)

Dalam siri yang lepas Maszlee Malik telah mewawancara Dr Azzam Tamimi berkaitan isu Palestin dan juga perkembangan terkini di Palestin. Dalam siri wawancara kali ini, Dr. Azzam akan berkongsi dengan para pembaca beberapa persoalan berkaitan serangan berani mai, tembok pemisah dan juga masa depan perjuangan bersenjata di Palestin untuk mencapai kemerdekaan.

Maszlee Malek (MM): Pada beberapa bulan yang lepas anda telah diundang ke rancangan Hardtalk di saluran penyiaran BBC. Di dalam rancangan tersebut anda telah anda telah membela ?serangan berani mati? yang dilakukan oleh para pejuang HAMAS dan juga briged al-Aqsa. Tindakan tersebut telah dikategorikan oleh masyarakat antara bangsa sebagai tindakan keganasan.

Azzam Tamimi (AT): Apa yang berlaku di Palestin adalah jihad. Jihad segolongan yang ditindas, dirampas tanah, rumah dan negara mereka menentang pennindas mereka. Jihad kaum muslimin yang mempertahankan kesucian masjid ketiga suci dalam agama mereka. Jihad sekumpulan manusia yang mempertahankan kedaulatan bumi mereka dan juga maruah dan jati diri negara yang mereka bernaung di bawahnya semenjak berabad-abad lamanya. Jika ia ingin dikategorikan tindakan tersebut sebagai keganasan, apa yang dilakukan oleh para pengganas Zionis semenjak 1917 lagi adalah keganasan. Mengapa ianya tidak dikutuk oleh masyarakat antarabangsa?, mengapa mesti ada double standard?, pada hemat saya ini semua adalah hasil kerja kotor media antarabngsa yang kebanyakannya didominasi oleh pihak Zionis yang sentiasa merubah fakta dan kebenaran.

MM: Bukankah tindakan tersebut dikutuk oleh Islam, maksud saya, membunuh diri?

AT: Perkataan ?suicide? (bunuh diri) merujuk kepada tindakan seseorang yang kecewa dan putus asa untuk hidup. Orang yang membunuh diri dikutuk oleh Islam dan dilaknat oleh Allah kerana mereka mengambil nyawa mereka tanpa hak dan kecewa dari rahmat Allah. Apabila seseorang membunuh diri, tindakannya itu tidak menguntungkan sesiapa termasuk dirinya sendiri. Adapun ?Amaliyyah Istisyhadiyyah? (operasi mengebom diri) bukanlah bunuh diri, ianya adalah jihad, jihad yang mengorbankan dirinya untuk kemaslahatan rakyatnya, buminya dan juga masjid al-Aqsa. Jihad untuk mengorbankan musuh dalam bilangan yang seramai mungkin hanya dengan mengorbankan dirinya sahaja. Mereka bukanlah golongan yang kecewa dan golongan yang berputus asa, tetapi mereka adalah golongan yang berbaik sangka dengan Allah dengan mengharapkan kehidupan yang lebih abadi dan lebih indah di syurga. Allah memuji orang yang berjihad dan menjanjikan mereka syurga dan melaknat mereka yang membunuh diri, kedua-duanya tidak sama.

MM: Tetapi tindakan tersebut mengorbankan orang awam Israel!

At: Siapa yang anda maksudkan dengan orang awam?, adakah mereka yang merampas tanah, rumah dan negara kami itu sebagai orang awam? Mereka adalah penjenayah!, jika mereka tidak mahu terlibat dengan jenayah merampas tanah, rumah dan negara orang lain, mereka tidak akan berpindah ke Palestin.

“Meminta AS mengatakan kepada Israel agar berhenti memberikan kemerdekaan kepada Palestin dan meninggalkan bumi Palestin adalah seumpama menyuruh Iblis mengatakan kepada seorang yang melakukan maksiat agar berhenti melakukan maksiat. ” -Dr Azzam Tamimi (kanan)


Mengapa hanya orang awam mereka yang dilihat, mengapa tidak dilihat kepada orang Palestin yang dibunuh setiap hari oleh tentera rejim Zionis Israel. Bukankah di dalam kitab Torah mereka ada menyebutkan ?Gigi (yang dipatahkan) hendaklah dibalas dengan (mematahkan) gigi (yang mematahkannya), hidung dengan hidung, dan nyawa dengan nyawa!)

MM: Keganasan tidak akan dapat dihapuskan dengan keganasan yang seumpama dengannya!

AT: Adakah ia bermaksud rakyat Palestin hendaklah berpeluk tubuh menantikan giliran untuk dibunuh!

MM: Bukan begitu, tetapi bukankah ada cara lain yang tidak menampakkan keganasan dan membuatkan perjuangan rakyat Palestin dikecam oleh pihak antarabangsa?

AT: Apa yang pihak antarabangsa lakukan untuk membantu rakyat Palestin. Merekalah yang telah meluluskan resolusi 181 yang tidak berguna dan telah membahagikan lesen untuk kewujudan negara haram Israel. Jika masyarakat dunia mahukan rakyat Palestin tidak meletupkan diri mereka, berikan mereka kereta kebal Mirkava, berikan mereka helikopter Apache, berikan mereka jet F-16, berikan mereka senjata-senjata tercanggih dan terkini sepertimana AS memberikan Israel dan diperuntukkan di dalam belanjawan mereka setiap tahun. Jika kami membuat senjata yang sama kuat dan perlawanan yang adil, kami tidak akan meletupkan diri lagi.

MM: Di dalam rancangan Hardtalk juga anda telah mengatakan bahawa anda bersedia untuk meletupkan diri anda sendiri. Ini telah menimbulkan kegemparan di media-media antarabangsa, terutamanya di UK. Apakah benar anda bersedia untuk meletupkan diri anda?

AT: Baru-baru ini saya ke Lubnan di bawah tanggungan sebuah badan penyiaran yang terkenal di Kanada. Mereka sedang menyiapkan dokumentari mengenai nasib pelarian Palestin di Lubnan. Antara orang yang kami temui adalah seorang wanita tua yang berumur lewat 80?an. Wartawan Kanada telah bertanyakan kepadanya, adakah dia bersedia untuk menghantarkan anak-anaknya untuk melakukan aksi ?Amaliyyah Istisyhadiyyah?. Beliau segera menjawab, bukan sekadar anak-anak, malah jika dia sendiri diberikan peluang untuk memasuki bumi Palestin, dia akan meletupkan dirinya untuk membunuh seramai mungkin tentera Zionis dan memerdekakan bumi Palestin!. Jika wanita tua itu mempunyai keberanian sedemikian rupa, mengapa tidak saya?

MM: Adakah cara bom berani mati ini akan berjaya memberikan kejayaan kepada perjuangan kemerdekaan rakyat Palestin?

AT: Adalah sesuatu yang silap menilai perjuangan rakyat Palestin hanya dengan serangan ?amaliyyah istisyhadiyyah? semata-mata. Ianya hanya salah satu dari taktik serangan ke atas kepentingan Zionis. Para pejuang Palestin juga melakukan serangan-serangan ke atas pos-pos kawalan tentera rejim di Gaza dan Tebing Barat. Mereka juga melancarkan serangan roket al-Qassam dan Hound ke arah penempatan-penempatan haram Yahudi dan juga pos-pos kawalan tentera mereka. Mereka juga betempur dengan tentera-tentera Zionis dan 1001 cara lagi. Media hanya menumpukan pada teknik serangan bom manusia untuk agenda yang tertentu. Hasil daripada serangan-serangan tersebut amat positif, Israel menjadi semakin mengecut dengan membina tembok pemisah di Tebing Barat, mereka sudah mula mengundurkan tentera dari Gaza, penempatan haram di Gaza dna Tebing Barat mula berkurangan. Penghjrahan semula kaum Yahudi Eropah dan Amerika ke negara mereka semakin meningkat. Ekonomi Israel jatuh ke paras ynag paling teruk dalam sejarah mereka. Perpecahan di kalangan kelompok-kelompok Yahudi di dalam Israel dan lain-lain lagi. Ini semua adalah mimpi selepas kekalahan tentera Arab pada tahun 1967. Jika tidak kerana perjanjian damai Oslo 1993 yang disepakati di antara Arafat dan PLO bersama rejim Zionis, tentunya rejim Zionis Israel telah lama menjadi sejarah di dalam lipatan sejarah dunia pada hari ini.

MM: Tidakkah rakyat Palestin ingin mencuba saluran diplomasi pula, bukankah cara keganasan banyak mengorbankan nyawa dan belum tentu natijah penghujungnya, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak?

AT: Dakwaan yang lemah ini hanya laku sebelum terletusnya Intifadah kedua pada tahun 2000. Selepas intifadah 2000, mereka-mereka yang dahulunya berbaik sangka dengan Zionis sehingga menyebabkan mereka menggadaikan perjuangan dan negara mereka semata-mata kerana ingin berdamai dengan Zionis melalui Oslo pada tahun 1993 telah kecewa dan mula mengenali sikap sebenar Zionis. Ternyata selepas tujuh tahun (2000) barulah mereka mengenali bahawa Zionis tidak pernah mengenali erti kejujuran dan perdamaian. Damai dalam kamus Zionis bererti rakyat Palestin menyerah kalah, melucutkan senjata, berhenti melawan, menyerahkan negara mereka 100% kepada Zionis dan berhijrah ke negara lain untuk terus hidup. Ternyata Arafat juga telah kecewa dengan jalan diplomasi, begitu juga dengan gerakan Fatah yang diketuainya, golongan muda mereka telah mula menyertai HAMAS dan Jihad Islamiyy dalam menentang rejim Zionis. Begitu juga dengan fraksi-fraksi lain yang mula menyertai perlawanan dan tidak lagi percaya kepada janji-janji Zionis yang terkenal sebagai pembohong nombor satu di dunia. Yang masih lagi ingin berdamai dengan Zionis hanyalah mereka-mereka yang mempunyai kepentingan dan maslahat dengan pihak rejim Zionis.

Berkaitan dengan pengorbanan nyawa, tidakkah kita pelajari dari sejarah, kebebasan, kedamaian dan kemerdekaan hanya akan dapat dicapai dengan tertumpahnya darah. Revolusi Peranchis, revolusi Amerika, kemerdekaan Scotland di zaman Robert the Bruce, pembebasan selatan Lubnan dari penjajahan Zionis dan pelbagai lagi kemerdekaan adalah hasil pertumpahan darah. Apa yang baru mengenai perkara tersebut?

MM: Anda ada menyebutkan bahawa tembok pemisah di Tebing Barat merupakan tanda kekalahan Israel. Bukankah tembok tersebut menyukarkan rakyat Palestin sendiri dan dikutuk oleh masyarakat dunia sendiri. ICJ sendiri pun telah memutuskan bahawa tembok tersebut adalah tidak sah, bertentangan dengan hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa dan bersifat perkauman?

AT: Itu benar. Tujuan utama tembok tersebut dibina pun memang untuk membendong kemasukan pejuang Palestin ke kawasan penempatan Yahudi dan kawasan jajahan Israel semenjak tahun 1948. Ramai yang menderita akibat tembok tersebut, bukan hanya manusia, malah tanaman dan bentuk muka bumi. Dari sudut ini rejim Zionis merasakan bahawa mereka telah berjaya, tetapi pada hakikatnya, itu merupakan langkah pertama menuju kehancuran mereka. Setinggi mana pun tembok yang mereka bina, pihak pejuang Palestin akan berjaya melepasinya. Jika mereka tidak dapat melepasinya, mereka akan menjadi lebih kreatif membina dan menghasilkan cara-cara perlawanan yang lebih kreatif.

Mengenai Israel semakin mengecil, itu memang benar. Projek asal Zionisme seperti yang telah dilakarkan oleh bapa Zionis, Theodore Herzl adalah mengunjur dari Iraq ke Mesir, dan juga sebahagian dari bumi Hijaz. Mereka pernah hampir merealisasikan impian mereka selepas tahun 1967 apabila mereka dapat menguasai Gaza, Tebing Barat, semenanjung Sinai dan Bukit Golan. Kemudiannya mereka semakin mengecil apabila terpaksa menyerahkan semula Sinai dan Golan. Mereka mula menguasai selatan Lubnan lewat tahun 1982, kemudiannya terpaksa menyerahkannya semula kepada Hizbollah pada tahun 2000. Sekarang mereka terpaksa melakarkan sempadan di Tebing Barat melalui pembinaan tembok, dan juga akan mengundurkan tentera mereka dari Gaza pada tahun hadapan tanpa diminta dan tanpa sebarang rundingan damai! Saya yakin mereka akan semakin mengecil dan akhirnya pupus di sebalik tembok yang mereka bina itu.

MM: Terdapat sesetengah golongan yang berpendapat bahwa negara-negara Islam perlu melobi AS dan membina jambatan kepada mereka untuk mempengaruhi pihak pentadbiran AS untuk membina polisi-polisi yang lebih positif berkaitan isu Palestin. Apa pendapat anda?

AT: Meminta AS mengatakan kepada Israel agar berhenti memberikan kemerdekaan kepada Palestin dan meninggalkan bumi Palestin adalah seumpama menyuruh Iblis mengatakan kepada seorang yang melakukan maksiat agar berhenti melakukan maksiat. Telah diketahui umum bahawa AS, melalui polisi luar mereka banyak dicorakkan oleh golongan Neo Konservatif yang pro Zionis. Yang kita perlukan bukanlah jambatan kepada AS ataupun mempengaruhi AS, yang kita perlukan ialah pemimpin-pemimpin Islam yang berani mengatakan TIDAK kepada AS, dan tidak bergantung kepada AS. Sayangnya ini adalah mustahil di waktu ini kerana pemimpin-pemimpin yang menguasai negara-negara umat Islam adalah terdiri daripada mereka yang bertawakkal kepada AS dan menjadikan AS sebagai tuhan mereka kerana kepentingan-kepentingan peribadi!

MM: Berkaitan negara-negara Islam, ada sesetengah pihak yang menyuarakan bahawa negara-negara Arab dan negara-negara umat Islam perlu memiliki senjata nuklear sepertimana Israel mempunyai lebih dari 200 nuclear warhead yang merupakan ancaman kepada negara-negara timur tengah yang lain. Apa komen anda?

AT: Saya tidak merasakan negara-negara Arab dan Islam lebih memerlukan senjata nuklear sepertimana mereka memerlukan pemimpin-pemimpin yang adil, demokratik dan bersama dengan rakyat. Ini kerana kebanyakan pergolakan dan ketidak stabilan di kawasan tersebut adlah disebabkan oleh pemimpin-pemimpin Arab yang mengkhianati rakyat mereka sendiri. Mengapa AS ke Iraq?, kerana Saddam yang dahulunya menjadi skutu mereka. Mengapa AS boleh bertapak di timur tengah dan mempunyai pengkalan di negara-negara teluk?, kerana pemimpin-pemimpin negara tersebut. Mengapa AS berada di Saudi, kerana pemimpin mereka, mengapa Israel boleh bertahan lama dan tidak pupus?, kerana kelemahan pemimpin-pemimpin Arab yang tidak berguna.

Apa yang diperlukan oleh umat Islam ialah pemimpin-pemimpin yang boleh membela rakyat mereka. Pemimpin-pemimpin yang boleh bersatu hati, bersatu suara mengatakan TIDAK kepada AS. Kita perlukan para pemimpin yang mendahulukan kepentingan umat daripada diri mereka sendiri. Hanya dengan wujudnya kesatuan para pemimpin seperti ini di seluruh negara umat Islam, barulah Palestin akan dapat dimerdekakan.

Ketidak bersamaan para pemimpin Arab dengan rakyat terbukti apabila berlakunya apa-apa pergolakan di dalam negara mereka, rakyat tidak akan mempertahankan mereka seperti apa yang berlaku kepada Saddam.

MM: Pada pandangan anda apakah cara terbaik yang boleh dilakukan oleh umat Islam untuk membebaskan Palestin selain daripada mempunyai pemimpin-pemimpin yang baik?

AT: Isu Palestin perlu diselesaikan secara global. Isu ini perlu ditangani oleh semua umat Islam dan bukan hanya diserahkan kepada PLO, atau rakyat Palestin, atau umat Arab sahaja. Setiap individu umat Islam perlu mengambil bahagian dalam usaha yang suci murni itu. Jika orang-orang Yahudi pro-Zionis menjadikan isu negara Israel sebagai isu umat Yahudi sedunia, mengapa tidak umat Islam?

Isu penjajahan Zionis ke atas bumi Palestin ini juga perlu diketengahkan kepada dunia sebagai isu perkauman, isu Apartheid seperti apa yang berlaku di Afrika Selatan suatu waktu dahulu. Isu kezaliman Zionis perlu ditonjolkan kepada dunia seperti kekejaman Fasis dan juga Nazi. Oleh yang demikian dunia mesti dibawa bersama untuk menyelesaikannya.

MM: Akhir sekali, apakah yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia di dalam usaha membanu usaha membebaskan bumi Palestin?

AT: Pertamanya, semua rakyat Malaysia, tidak kira agama apa pun mereka, perlu memahami isu Palestin ini sebagai isu kemanusiaan sejagat. Isu penindasan rakyat yang tidak berdosa oleh sekumpulan pengganas yang bertaraf negara dan antarabangsa. Isu kezaliman yang dilakukan oleh sebuah rejim ke atas rakyat sebuah negara yang berdaulat. Isu penjajahan ke atas sebuah negara yang mempunyai rakyatnya yang sendiri.

Bagi umat Islam pula, isu Palestin adalah isu aqidah, isu yang semua individu muslim, tidak kira dari mana pun mereka, mereka akan dipersoalkan di akhirat nanti. Adalah menjadi tanggung jawab anda untuk menyebar luaskan kesedaran umat dan manusia terhadap hakikat sebenar isu ini. Gunakan media, gunakan kemudahan IT yang membolehkan anda berhubung dengan manusia di serata dunia. Wujudkan public opinion, bukan sekadar di Malaysia, malah di seluruh dunia bahawa Palestin perlu dibebaskan, dan Zionis adalah pengganas dan penjenayah nombor satu dunia.

Selain daripada itu, sebagai rakyat di sebuah negara yang agak mewah, saya menyeru agar anda semua menghulurkan sumbangan samada kewangan ataupun kemanusiaan kepada para pelarian Palestin yang jumlahnya telah mencecah empat juta orang di Gaza, Tebing Barat, Jordan, Lubnan dan Syria. Para pelarian tersebut masih lagi mendiami kem-kem pelarian yang serba dhaif dan jauh bezanya dengan kehidupan rakyat Malaysia yang serba mewah. Sumbangan anda juga dikira sebagai sebahagian daripada usaha pembebasan bumi Palestin.

Usaha boikot juga perlu diperhebatkan. Agak pelik di Malaysia kempen boikot barangan syarikat-syarikat pro-Zionis dan AS tidak sehebat apa yang berlaku di Eropah dan timur tengah. Mungkin anda boleh menyemarakkannya di Malaysia, logiknya, AS dan Israel bergantung kepada kekuatan ekonomi. Jika syarikat-syarikat multi nasional mereka mengalami kerugian, tentu sokongan yang diberikan kepada Israel akan berkurangan, ini secara tidak langsung akan melemahkan lagi keutuhan mereka. Saya tidak mengatakan bahawa usaha ini adalah satu-satunya usaha yang boleh melemahkan mereka, tetapi ianya adalah sebahagian daripada usaha tersebut.

Terakhir sekali, doa anda semua untuk para pejuang amat-amat diperlukan. Janganlah lupa untuk mendoakan untuk perjuangan rakyat Palestin dan kemerdekaan bumi mereka dan juga negara-negara umat Islam lain yang juga berada di dalam keadaan yang amat menyedihkan seperti Iraq, Checnya, Kashmir dan lain-lain lagi.

MM: Akhir kata terima kasih Dr. Azzam.

AT: Sama-sama.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.