Wajib Bantu Rakyat Palestin – Syeikh Yusof Qaradawi

Cairo, May 19- Imam besar Al-Azhar Sheikh Mohammad Sayyed Tantawi dan ulama terkenal Syeikh Youssef Qaradawi menyeru umat Islam untuk membantu rakyat Palestin yang ditindas secara kejam di selatan Semenanjung Gaza di bandar Rafah baru-baru ini.


Dalam kenyataan beliau kepada IslamOnline.net melalui telefon daripada Doha, Qaradawi menyeru umat Islam menolong dalam aspek kewangan untuk
membantu ribuan rakyat Palestin yang kehilangan rumah akibat serangan Israel yang sekarang tinggal di kem pelarian di Rafah.

Dalam kejadian tersebut, seramai 26 rakyat Palestin terbunuh termasuk 22 penunjuk perasan di Rafah.

Angka kematian sejak May 18 hingga ke hari ini adalah 46 kematian yang disebabkan oleh rejim Israel.

“Rejim itu telah memusnahkan rumah-rumah saudara kita terutamanya di Rafah dan memusnahkan harta-benda mereka”, kata beliau.

Kempen pemusnahan rumah menurut Agensi Kerja dan Menyelamat UN, lebih daripada 1000 penduduk Rafah kehilangan rumah.

“Rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal dan wang belanja dan mereka amat memerlukan pertolongan kita semua”, Qaradawi merayu pada umat Islam
seluruh dunia.

Beliau menekankan bahawa menyalurkan ertolongan pada rakyat Palestin bukan “kerja amal atau kerja sukarela” tetapi adalah “kewajiban” pada umat Islam
yang berada.

Syeikh Qaradawi berkata muslim sepatutnya membayar zakat untuk menolong saudara
kita di Palestin yang miskin, sangat memerlukan dah ditindas.

“Bantu mereka dengan apa yang kita mampu dan galakkan yang lain untuk turut sama membantu”, kata beliau.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.