70 000 rakyar Palestin Tidak Dibenarkan Masuk Jerusalem

Jerusalem, Khamis, 30/12/2004 – Zionis- Israel mula membina bahagian-bahagian tembok pemisah di sekitar kampung Hazimah utara Jerusalem. Jika pembinaan itu diteruskan, 70 000 rakyat Palestin diancam dan terus tidak dibenarkan masuk Jerusalem, kota suci umat Islam.

Dengan pengawasan ketat, beberapa jentera berat Zionis-Israel mula memasang tiang sokongan setinggi beberapa meter di atas tanah di kampung Hazimah. Dengan itu kampung ini telah terpisah dari Jerusalem.

Berdasarkan perencaan Zionis-Israel, tembok itu akan dibangunkan menuju ke arah kampung Anataa yang merupakan pintu masuk utama ke bandar Jerusalem. Sehingga ini, puluhan ribu rakyat Palestin terancam tidak dibenarkan masuk.

Sementara itu, bahagian lain tembok pemisah akan terus dibina ke arah kampung Juba? dan sekitar wilayah Bierah dan baldah Al-Raam yang secara automatik akan mengurung dan menyekat rakyat di kampung berkenaan. Ini akan menyebabkan mereka yang mempunyai identiti Jerusalem turut mengalami masalah yang sama.

Sejak kebelakangan ini, Zionis-Israel didapati sering menghalau rakyat kampung Hazimah dan mendirikan penempatan haram Yahudi di sana.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.