Ombak peluru ‘Tsunami’ Israel menyerang Kem Pelarian Khan Yunus

Khamis, 30/12/2004 – ‘Tsunami’ ini tidak berupa ombak besar setinggi 6 meter seperti yang mengejutkan rakyat Malaysia ketika ini tetapi ia datang dengan taburan peluru yang meragut nyawa rakyat Palestin. Hari ini sekurang2nya 2 rakyat Palestin terkorban dalam serangan rejim Zionis (baca: RZ) di selatan Gaza di bandar Khan Yunus.

Saksi berkata 6 yang lain cedera dalam serangan awal hari ini apabila rejim Zionis melepaskan 2 peluru berpandu. 2 daripada mangsa yg terkorban merupakan ahli HAMAS manakala seorang lagi merupakan orang awam yang berumur 18 tahun.

Sejurus selepas serangan itu, sebanyak 20 kenderaan tentera menceroboh ke kawasan kem dan menyerang sekali lagi. 2 pejuang HAMAS (Yahya Abu Bakr dan Sami Abu Khudair) dan seorang pejuang al-Aqsa Martyrs’ Brigades (Ammar Azzam) telah syahid. Al-Jazeera melaporkan banyak rumah dimusnahkan dan tembakan dilakukan sesuka hati ke arah rumah2 pelarian. 2 RZ cedera dalam serangan kali ini.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.