HAMAS mempertahankan operasi melancarkan roket.

Isnin, 3/1/2005 – HAMAS tidak mahu memberhentikan operasi melancarkan roket kepada Israel kerana ingin melindungi rakyat Palestin daripada serangan ganas rejim Zionis. Ini sebagai membalas saranan pengerusi PLO Mahmud Abbas agar memberhentikan serangan kepada pihak rejim Zionis kerana ia akan menjadikan Israel menyerang balas.


“Ia adalah benar serangan roket tersebut (baca: roket pejuang Palestin) tidak memberi kesan apa2 ttp serangan balas rejim Zionis itu yg sangat membunuh”

“Saya tidak fikir Abu Mazin (Abbas) mengambil kira akan serangan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin. Sebab utama kepada pertumpahan darah ini datang dari rejim Zionis bukan dari rakyat Palestin” Hasan Yusof, pemimpin HAMAS di Tebing Barat sebagai membalas kenyataan Abbas.

“Perundingan merupakan jalan mencapai perdamaian antara kami dalam usaha melaksanakan pelan damai” jelas Abbas.

Walaubagaimanapun, HAMAS bertegas jalan perdamaian hanya dicapai apabila rejim Zionis menghentikan serangan ke atas bumi Palestin.

“Jika operasi ketenteran diberhentikan, banduan dibebaskan dan rakyat Palestin diberikan hak maka ini semua akan dihentikan”, jelas Yusof.

“Rakya Palestin terus ditindas dan diserang dengan kereta kebal dan helikopter menyebabkan mereka terpaksa bertahan. Semua bangsa mempunyai hak untuk mempertahankan diri apabila mereka ditindas dan tanah mereka dirampas.”, Yusof berkata.

Di tanya tentang roket Qassam, Yusof memberi komen,”Rakyat Palestin terpaksa mencari jalan yang kreatif untuk menyekat serangan rejim Zionis. Semua fraksi termasuk Jihad Islami dan Brigade al-Aqsa turut berbuat demikian”.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.