Syeikh Hassan Yousef menafikan adanya hubungan sulit antara HAMAS dan PA

Selasa, 4/1/2005 – Sheikh Hassan Yousef (gambar), pemimpin HAMAS di Tebing Barat hari ini menafikan sebarang bentuk hubungan sulit antara HAMAS dan Palestinian Authority(PA). Walaubagaimanapun beliau mengakui adanya perbincangan secara terbuka antara 2 pertubuhan ini sejak dari Presiden Yasir Arafat masih hidup. Ini sebagai membidas laporan media barat tentang terdapatnya perbincangan secara rahsia antara HAMAS dan PA

“Kami percaya mengadakan dialog dan perundingan secara berterusan hanyalah mempunyai matlamat yang satu iaitu mengembalikan hak rakyat Palestin tanpa mengira datang dari parti mana”, ujar beliau.

HAMAS menyarankan supaya dialog Palestin diadakan secara komprehensif dan meluas agar dapat mencapai sasaran.

“Itu sebab kami (HAMAS) ingin sekali mengadakan mesyuarat di bawah satu bumbung tanpa mengira fraksi untuk mengurangkan jurang perbezaan dan seterusnya dapat menangani isu utama tetapi malangnya saranan ini tidak diambil serius”.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.