Mengapa Mereka Menyintai Mahmoud Abbas ?

Mahmoud Abbas (MA) telah di lantik sebagai pengerusi PLO dan adalah calon tunggal Al Fatah, fraksi yang mendominasi PLO dan Pihak berkuasa Palestin (PA) dan sudah hampir pasti di memenangi pilihanraya presiden pada Januari 9, 2005 mengantikan Yasser Arafat.

Transisi yang lancar ini menjadi kelegaan pada pihak barat yang menjadi ?arkitek keamanan?. Pada pendapat mereka, halangan terbesar proses damai, telah tiada lagi, bukan itu saja, bakal pengantinya dalah seorang yang sanggup turun untuk menyelesaikan isu-isu hak pelarian palestin, status baitul maqdis dan struktur Negara palestin.

Mahmoud Abbas mempunyai peluang cerah untuk menduduki kerusi Abu Amar dalam pilihanraya presiden 9 Januari ini


MA pernah membuat satu perjanjian dengan Menteri Keadilan Israel Yossi Beilin (YB) pada bulan October 1995, yang menjadi asas kepada semua usaha-usaha perjanjian damai termasuk tawaran Camp David, usaha Clinton dan initiative Geneva.

Menurut perjanjian MA-YB, membenarkan tentera regim Zionist untuk berada di Lembah Jordan dan persetujuan MA untuk menukar nama kampung Abu Dis kepada AL-Quds, nama arab bagi baitul maqdis dan menjadikan ia sebagai ibunegara palestin, padahal Alquds yang sebenarnya di serahkan bulat-bulat kepada Israel.

Satu lagi perkara yang menyenangkan peminat-peminat MA di barat , adalah penetangan beliau terhadap sebarang tindak balas secara peperangan terhadap Israel. Sebelum beliau menjadi perdana menteri, beliau telah berjalan keserata pelusuk palestin menjalankan kempen anti intifadah. Beliau memberukan usaha intifadah yang di dakwanya intifadah merosakan palestin.

Oleh sebab di atas, Arafat di paksa oleh barat untuk melantik MA menjadi perdana menteri, mana Arafat di pulau dari segala usaha-usaha damai oleh Arial Sharon dan Amerika Syarikat. Namun ia hanya bertahan hanay empat bulan. MA memberi alasan gagal untuk berkerja sama dengan Arafat.

Namun sekarang adalah peluang terbaik untuk mengambalikan segala usaha-usaha damai yang di broker oleh Amerika Syarikat dan Israel dengan ketiadaan Arafat.

Abbas di beritakan telah menegaskan pendiriannya kepada Setiausaha Luar Negara UK, Jack Shaw untuk mengumumkan ?berakhirnya tindakan ketenteraan, penuh keamanan dan tamatnya keganasan? pada nov 26. menurut MA lagi ? Seluruh kawasan termasuk Gaza dan Tebing Barat perlukan ketenangan?

Menurut seorang pegawai PLO, MA mahukan semua operasi ketenteraan terhadap orang awam Israel, pendatang asing di Tebing barat dan Gaza di hentikan. Ini tidak termasuk operasi terhadap anggota tentera Israel. Namun menurut laporan pada 26 nov, MA secara jelas tidak menyatakan samada tentera Israel terkecuali dari dari arahan penghentian operasi tentera, perkara yang sama juga di perhatikan dalam perbincangan MA dan jack Shaw.

The Independent melaporkan MA tidak menyatakan semua pemberhentian oprasi tertakluk sehingga tamatnya pilihanraya nanti. MA telah menegaskan ? Keamanan, kami mahu keamana.Itu adalah matlamat kami, itu lah cita-cita kami. Kami mahukan kedamaian yang di setujui oleh semua pihak?

Tiada siapa yang dapat menafikan , MA menawarkan penamatan, tanpa sebarang syarat semua bentuk perjuangan pemebebasan dan hak mempertahankan diri dari keganasan regim Israel, dan di tukar dengan tiada jaminan dari mana-mana pihak Israel, Amerika maupun Eropah yang regim Israel akan memberhentikan keganasannya terhadap rakyat Palestin dan tanah mereka.