Pengakuan Israel

Ahli politik Israel telah terkenal berdekad lalu mengutuk keras kerajaan mereka sendiri terhadap pendekatan yang tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin.



Menteri Keadilan Israel, Yosef Lapid mengutuk
Perdana Menteri Israel,Arial Sharon bila dia membandingkan
peristiwa di Rafah dengan pengalaman peribadinya
sewaktu peristiwa Holocaust.

Beliau yang juga pemimpin parti Shinui merupakan menteri
kebinet pertama yang menkritik pencerobohan di Gaza baru-baru ini
dan menyarankan kabinet pada hari Ahad lalu supaya menghentikan
tindakan tersebut.

“Saya menyaksikan perempuan tua mencari ubat disebalik runtuhan
rumahnya. Ini mengingatkan saya kepada nenek saya yang dihalau daripada
rumah sewaktu peristiwa Holocaust” ,kata beliau.

Nenek beliau mati akibat “gas chamber” di kem Auschwitz.

Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak dipetik kata2nya di Haaretz pada
3 June 1998, berkata jika beliau adalah rakyat Palestin, beliau akan
menjadi ahli kumpulan pemisah.

Perdana Menteri Israel yang pertama, David Ben-Gurion, telah dipetik
kata2nya oleh Nehum Goldman dalam bukunya “The Israel Paradox”

“Jika saya adalah pemimpin Arab, saya tidak akan menandatangani sebarang
perjanjian dengan Israel. Ia adalah normal, kami akan mengambil negara kamu”

Bekas ahli kabinet Shrilamut Aroni menerangkan mengapa ahli politik Israel gagal
melihat keganasan dalam polisi mereka.

“Yahudi sewaktu dulu adalah mangsa. Sekarang telah ditanamkan dalam fikiran kami,
kami selamanya mangsa dan mangsa tidak melakukan kesalahan. Tiba2, kami menjadi kuat
dan tamak dan berpura kami boleh menjustifikasikan segalanya”

“Kami selalu diberitahu bahawa rakyat Palestin mahu menghumbankan kami ke dalam laut.
Kami mempunyai 6 juta orang dalam satu pasukan tentera yang kuat. Ini hanyalah
memanipulasikan ketakutan orang ramai”.

sumber : http://english.aljazeera.net/
diterjemahkan ke bahasa Melayu

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.