Mish’al: HAMAS bersama Sudan menentang konspirasi Zionis-Amerika.

Jumaat, 06/03/2009 – Khalid Mish’al, ketua biro politik HAMAS mengutuk arahan tangkapan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa terhadap Presiden Sudan, Umar al-Bashir. Demikian ditegaskan beliau melalui panggilan telefon kepada presiden tersebut sebaik sahaja arahan tahanan itu dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Beliau menegaskan dalam satu kenyataan akhbar yang diterima oleh Pusat Media Palestin pada hari ini, Khamis (5/3) bahawa HAMAS memberikan sokongan yang padu kepada Sudan sama ada kepada presiden, kerajaan dan rakyatnya ketika berhadapan dengan konspirasi Amerika-Zionis ini yang sebenarnya menjadikan Sudan sebagai sasaran utama, bukan presidennya.

Dalam satu kenyataannya semalam (Rabu), HAMAS mengutuk arahan penangkapan terhadap presiden Sudan, sambil menuntut agar arahan sama dikeluarkan terhadap Perez, Livni, Olmert, Netanyahu dan lain-lain penjenayah perang Zionis. Ia juga menegaskan bahawa negara-negara Arab dan Islam perlu menolak pelaksanaan arahan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

2 thoughts on “Mish’al: HAMAS bersama Sudan menentang konspirasi Zionis-Amerika.

  1. Begitulah terpancarnya nur dari hati yang ikhlas bawa ke muka.Menunjukkan perjuangan yang suci.

Comments are closed.