Terkini : Pemandu traktor berbangsa Palestin dibunuh.

Sabtu, 07/03/2009 – Pemandu sebuah traktor berbangsa Palestin telah ditembak mati, Khamis petang, di pinggir bandar Malha , Baitulmuqaddis, selepas beliau menghentam sebuah kereta polis dan sebuah bas kosong.

Saluran TV Israel berkata bahawa pemandu tersebut menghentam kereta dan bas dengan sengaja lalu mencederakan dua orang polis Israel.

Akhbar Haaretz berkata pemandu itu merempuh kereta polis kemudiannya melanggar sebuah bas sebelum seorang anggota polis dan seorang pemandu teksi menembak beliau.

Beberapa orang saksi berkata bahawa traktor itu tergelincir dan ia adalah satu kemalangan bukan satu serangan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  gunx