Hamas Kritik Keputusan KTT Arab

Gerakan Islam HAMAS mengungkapkan kritikannya terhadap keputusan KTT Arab di Tunisia yang mana salah satu daripada keputusan itu mengecam serangan balas menetang penjajah di bawah satu keputusan iaitu ‘pembunuhan warga tidak berdosa’.

Hamas menilai keputusan itu, yang mendapati teks itu kabur dan tidak jelas, sebagai langkah yang bacul. HAMAS juga mendapati hasil daripada keputusan itu ialah perundingan antara Israel, pihak Palestin dan antara penjajah dan akan membincangkan sekitar penentangan yang berlaku.

Keputusan itu juga menyatakan bahawa penjajahan yang berlaku adalah legal dan adalah keterlaluan dan tidak masuk akal dalam menafsirkan penjajah sebagai masyarakat madani (beradab). “Umat kami tidak mungkin menerima orang-orang yang menentang penjajahan diletakkan sebagai orang-orang tertuduh,” begitu tegas kenyataan Hamas yang dimuatkan dalam al Markaz al Filistin lil I’lam semalam.

Hamas melihat bahwa kewajiban umat Islam terhadap umat Islam di Palestin adalah berada di sisinya mendukung dan ikut serta dalam jihad menentang penjajahan.

“Tidak sepatutnya menghukum dengan anadaian sendiri terhadap bangsa dan penentangan kami, seolah-olah persoalan Palestin atau penjajahan atas Al-Quds serta penindasan atas bangsa Palestin adalah bukan urusannya,” demikian kecam kenyataan itu lagi. (AM Rais)

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.