Pejuang-pejuang Palestin meneruskan semula serangan

Gaza, Rabu, 12/1/2005 – Selepas menghentikan serangan-serangan ke arah kepentingan Zionis kerana memberikan laluan kepada pilihanraya pemilihan presiden PA, para pejuang Palestin dari pelbagai fraksi memulakan semula serangan-serangan roket mereka ke arah kepentingan-kepentingan Zionis di Gaza dan sekitar Gaza.


Briged al-Qassam mengaku bertanggung jawab melepaskan empat tembakan motar ke arah penempatan haram Yahudi di Nitsar Hazani dan juga tiga yang lain di Neveh Dekhalim. Briged al-Quds dari gerakan Jihad Islamiyy pula melaporkan telah melancarkan peluru roket al-Quds 1 ke arah penempatan haram Yahudi Gush Katif, juga di Gaza.

Briged Abu Ali Mustafa dari PFLP juga mengaku bertanggung jawab melepaskan roket al-Sumud ke rah Gush Katif juga. Manakala briged Syuhada al-Aqsa pula mendakwa telah berjaya meletupakn sebuah bull dozer yang digunakan untuk merobohkan penempatan Palestin di Khan Yunus dengan serangan RPG mereka.

Pihak Zionis mengaku pos-pos tenteranya terjejas dengan serangan-serangan tersebut tetapi tidak melaporkan sebarang kecederaan dan kehilagan nyawa.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.