Israel mengganas lagi

Gaza, Rabu, 12/1/2005 – Tidak sampai pun seminggu Mahmoud Abbas dinobatkan sebagai presiden PA, Israel telah menunjukkan belangnya dengan melancarkan serangan ke atas bandar Gaza dan terutamanya di bahagian selatan bandar tersebut. Serangan ini dilancarkan selepas Sharon menghubungi Abbas semalam untuk meneruskan perjanjian damai bersama Rejim Zionis Israel dengan pihak PA.


Serangan yang melibatkan kereta-kereta jeep, kereta kebal-kereta kebal dan juga helikopter-helikopter Apache telah menyebabkan banyak kemusnahan rumah-rumah warga Palestin. Pihak tentera rejim juga telah menangkap dua orang pemuda Palestin yang cedera parah akibat terkena tembakan tentera rejim dalam pertempuran sengit antara kedua-dua belah pihak.

Sehingga kini tiada kehilangan nyawa di kedua-dua belah pihak dilaporkan.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.