Lagi Rakyat Palestin terbunuh semlam (13/1/2005)

Jumaat, 14/1/2005 – Rejim Zionis semlm telah membunuh 2 rakyat Palestin termasuk pemuda yang sedang menghantar isteri yang sedang sarat mengandung ke hospital di utara Jalur Gaza , sumber dari hospital Palestin.

Alaa Hassuna, 23 tahun ditembak di Bait Lahya sejurus selepas meninggalkan rumahnya berhampiran perkampungan Beduin. Isteri beliau dan seorang penumpang yang lain cedera. Hassuna syahid di tempat kejadian.

Rejim Zionis memberi alasan kereta yang dipandu Hassuna menuju ke arah mereka dan mereka terpaksa menembak utk menyelamatkan diri. Hassuna ditembak di bahagian mata kanan dan peluru tembus di bahagian belakang otak.

Tiada sebarang kesan calar yg menunjukkan beliau kemalangan. Isteri beliau cedera di tangan manakala
seorang penumpang cedera di kaki.

Sementara itu, Said Abd al-Salaam, 22 tahun ditembak di bahagian dada apabila rejim Zionis menyerang kem pelarian Buraij. Beliau syahid ditempat kejadian.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.