Rejim Zionis mati di Gaza, Serangan Balas Pejuang Palestin

Gaza, Jumaat, 14/1/2005 – Sekurang2nya 6 Israel dan 3 rakyat Palestin mati dalam satu letupan yang dipasang oleh pejuang Palestin di Gaza. 15 orang dilaporkan cedera yang merupakan
malapetaka terbesar selepas kemenangan Mahmoud Abbas Isnin lalu.

Letupan berlaku selepas barang2 keperluan harian Israel masuk ke Jalur Gaza. Pejuang Palestin
membawa bom dalam trak dan menuju ke arah rejim Zionis.

Pegawai Palestin enggan memberi komen terhadap kejadian ini. Abbas selama ini telah sekian kali cuba memujuk HAMAS dan Islamic Jihad supaya menggencatkan senjata namun usaha masih lagi gagal.

HAMAS dan Brigade al-Aqsa mengaku bertanggungjawab atas letupan tersebut.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.