19 Rakyat Israel Bunuh Diri


Isnin, 17/1/2005 – Sumber-sumber Israel yang mengikuti perkembangan kes-kes bunuh diri menyatakan bahawa 9 rakyat Israel yang mana salah seorang daripadanya adalah tentera telah melakukan bunuh diri dalam kejadian terakhir. Sementara itu kejadian bunuh diri 10 orang yang lain berlaku sebelumnya. Sumber yang sama mencatatkan 32 orang Israel mengalami kematian tidak normal.

Ini bererti, sepanjang awal tahun 2005 atau dua kejadian terakhir di Israel meningkat menjadi 19 kes kematian bunuh diri. Sejak awal September tahun 2004 hingga 14 Januari 2005 jumlah rakyat Israel yang melakukan bunuh diri mencapai 91 orang.

Organisasi Diagnosa Korban Bencana (Zaakaa) Israel mencatatkan sepanjang kejadian yang terdahulu, 9 kes dari 41 kes mengalami kematian tidak normal. Para pengamat Israel menyatakan bahawa antara faktor meningkatnya kes-kes bunuh diri di Israel adalah kerana keadaan keamanan dan ekonomi yang terus menurun secara drastik. Penyebab utama keadaan ini adalah berlakunya Intifadhah Al Aqsa sepanjang 5 tahun terakhir. Ditambah lagi keadaan tekanan sosial Israel dan merebaknya NARKOBA.

Sejumlah kajian Israel mencatatkan bahawa 13% dari pemuda di negara Israel terfikir untuk melakukan bunuh diri dan 5% dari mereka telah berjaya membunuh diri.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.