Abbas bakal menghantar dua pembantunya ke Gaza, Hamas mengalu-alukan langkah itu.

Selasa,  07/04/2009 – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menyuruh dua orang pegawai Fateh untuk melawat Semenanjung Gaza bertujuan untuk melihat kemusnahan disebabkan oleh serangan Israel , dan untuk mengadakan perbincangan dengan pihak lain, termasuk Hamas. Pergerakan Hamas mengalu-alukan keputusan Abbas itu.

Dua pegawai Fateh yang bekal ke Gaza adalah Marwan Abdul-Hamid, penasihat Abbas dalam pembangunan prasarana dan Abdullah Al Efranji, bertanggungjawab dalam hubungan Luar Fateh.

Al Efranji menyatakan yang lawatan ini bertujuan untuk mendengar pendapat ke semua pihak di Semenanjung Gaza, dan untuk melihat sendiri kemusnahan disebabkan oleh serangan Israel , termasuk menilai kesan serangan terhadap institusi Fateh, kemudahan pendidikan dan pelbagai institusi lain di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  nurul

2 thoughts on “Abbas bakal menghantar dua pembantunya ke Gaza, Hamas mengalu-alukan langkah itu.

Comments are closed.