Enam Tentera Rejim Zionis Cedera Parah

Baitul Maqdis, Rabu, 19/1/2005 ? Enam orang tentera rejim Zionis dilaporkan cedera parah berikutan serangan ke atas sebuah jip tentera milik tentera rejim di sebuah pertempatan Yahudi di selatan Gaza, semalam (18/1/2005).

Serangan yang dilakukan oleh kumpulan pejuang HAMAS itu telah berjaya disempurnakan oleh salah seorang daripada komando mereka, Imad Tabash yang berusia 20 tahun. Imad telah terkorban syahid dalam serangan menggunakan bom yang diletakkan bersama dirinya.

Tentera-tentera rejim yang cedera parah akibat letupan tersebut telah dikejarkan ke salah sebuah hospital di Beir al-Saba?a. HAMAS mendakwa bertanggung jawab di atas serangan tersebut dan mengatakan ianya sebagai balasan kepada keganasan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin semenjak beberapa minggu yang lalu.

Serangan tersebut juga merupakan respon HAMAS kepada cadangan Mahmoud Abbas, presiden PA yang baru untuk memaksa gerakan penentangan Palestin agar menghentikan serangan ke atas kepentingan rejim Zionis.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.