Operasi Komando al-Qassam Berjaya Mengorbankan 3 Rejim Zionis

Khan Yunus, Gaza,Rabu, 19/1/2005 ? Buat julung-julung kalinya, salah seorang komando briged al-Qassam, Sulayman al-Tabbaysh telah berjaya melancarkan serangan ke atas pegawai-pegawai perisikan tentera rejim Zionis di dalam pejabat mereka sendiri.

Operasi yang diberi nama sebagai ?Serangan di jantung? itu berlaku di sebuah pejabat perisikan tentera yang sering digunakan untuk menyiasat dan mendera rakyat Palestin. Menurut sumber Zionis, 3 daripada pegawai mereka disahkan terkorban, manakala 10 yang lain dilaporkan cedera parah akibat serangan yang tidak pernah mereka duga.

Sulayman seperti yang telah dilaporkan oleh sumber briged al-Qassam telah berjaya menerobos masuk ke dalam pejabat tersebut di pos kawalan Ghoush Katef, Khan Yunous dan telah meletupkan dirinya di hadapan para pegawai perisikan tentera rejim yang sedang bertugas. Operasi ini disifatkan sebagai operasi yang paling berjaya untuk melumpuhkan dan menggerunkan para tentera rejim di dalam kawasan mereka sendiri.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.