Pembunuhan Al-Rantisi & Industri Penindasan

Oleh Kareem M. Kamel
Penyelidik ? Hubungan Antarabangsa
“Sekiranya Israel ditubuhkan di Britain, adakah anda akan menerima kompromi?”- Abdel Aziz al-Rantissi

“Bush tidak boleh dipercayai dengan proses kedamaian apabila dia membenarkan visinya untuk sebuah negara Palestin yang merdeka dan sah; menjadi visi Sharon untuk sebuah negara yang terbahagi seperti sebuah negara apartheid, dengan penggunaan pagar berduri, dinding konkrit dan kawalan keselamatan .

Visi ini terbahagi kepada dua sistem

iaitu satu sistem yang terbuka dan bebas untuk peneroka haram Yahudi dan satu subsistem yang terbahagi untuk populasi rakyat asli Palestin.” Marwan Bishara, Pensyarah, American University of Paris

Di dalam salah satu daripada saat-saat yang paling bergolak di dalam sejarah Timur Tengah, ribuan rakyat Palestin mengharungi jalan-jalan di dalam perhimpunan daripada Hospital Shifa di Gaza, kurang daripada 12 jam setelah pembunuhan ke atas pemimpin berenigma Hamas, Dr. Abdel Aziz al-Rantissi.

Pejuang-pejuang daripada kesemua pergerakan nasionalis dan Islamik menyertai perhimpunan tersebut; melepaskan das-das tembakan ke udara sambil keranda memulakan perjalanannya ke rumah al-Rantissi di utara bandar Al-Nasr, di Bandar Gaza.

Di dalam satu tindakan bagi mempamerkan kesepakatan dengan pemimpin yang terkorban tersebut, ribuan berarak di dalam demonstrasi di Lebanon, Morocco, Palestin, Jordan, dan Mesir. Pembunuhan keatas beliau berlaku selepas berlalunya hanya 25 hari kejadian pembunuhan ke atas pengasas Hamas, Sheikh Ahmed Yassin, juga dengan cara yang sama.

Seperti juga pembunuhan yang dilakukan ke atas Sheikh Yassin, Israel dikutuk oleh rakyat antarabangsa mengenai pembunuhan terbaru ini; yang dilabel oleh Menteri Luar Britain, Jack Straw sebagai ?menyalahi undang-undang, tiada justifikasi dan tidak mendatangkan manfaat.? Akan tetapi, Israel hanya berminat terhadap reaksi daripada White House, iaitu ?Israel mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya daripada serangan pengganas.?

2 Menteri kabinet Israel, Gideon Ezra, telah menamakan Khalid Mishaal, iaitu Ketua Biro Politik Hamas sebagai sasaran Israel yang seterusnya.

Walaupun Mishaal tinggal di Syria, menteri Israel tersebut talah berjanji bahawa ?nasibnya akan serupa sseperti al-Rantisi. Bila timbul sahaja peluang untuk menyerang Damaskus, kami akan melakukannya.?

3.Berpelajaran tinggi dan telah pun berkahwin dengan enam orang cahaya mata, al-Rantissi merupakan seorang idelogis yang sentiasa tenang percakapannya, dengan mesej yang jelas dan tanpa kompromi.

Mesejnya mampu menjelaskan pandangan-pandangan pergerakannya dengan jelas. Selepas pembunuhan ke atas Sheikh Yassin, beliau berkata bahawa lambat laun, semua orang perlu mati: ?Ia adalah maut, samada melalui pembunuhan atau pun kanser. Tiada apa yang akan berubah. Sekiranya melalui helikopter Apache atau melalui serangan jantung, saya lebih sukakan Apache,? beliau menambah.

4.Dilahirkan pada tahun 1967 di bandar Jibna, berdekatan dengan Ashkelon; keluarga al-Rantissi melalui peristiwa penghijrahan beramai-ramai oleh rakyat Palestin pada tahun 1948. Arwah di zaman mudanya dibesarkan di khemah-khemah pelarian Semenanjung Gaza. Beliau menyaksikan sendiri penjajahan Israel ke atas Gaza, semenjak tahun 1967 lagi. Beliau menuntut ilmu kedoktoran di Mesir, di mana beliau telah dipengaruhi oleh Persaudaraan Muslim. Beliau kembali ke Gaza sebagai seorang Islamis yang komited.

Beliau menghabiskan masa beberapa tahun di dalam penjara Israel. Beliau juga merupakan ahli pengasas Hamas pada tahun 1987.
Al-Rantissi mula menjadi terkenal pada pengakhir tahun 1992, apabila Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin mengumpulkan sejumlah 415 Islamis dan meletakkan mereka di tepi kawasan berbukit-bukau di utara Lebanon yang diselubungi kesuraman. Kem tersebut menjdi tarikan kepada pemberita asing, dan al-Rantissi muncul sebagai jurucakap utama untuk golongan Islamis dalam buangan ini.

Al-Rantissi menegaskan bahawa keseluruhan Palestin perlu dibebaskan. Beliau menolak Perjanjian Oslo yang dibuat pada tahun 1993 di antara Pihak Berkuasa Palestin dengan Israel; serta menghabiskan beberapa hukuman penjara pendek di dalam penjara-penjara Palestin sepanjang perbincangan selama satu dekad tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kawalan diri telah hancur pada September 2000, apabila Ariel Sharon mencetuskan Intifada kedua melalui tindakannya menziarahi perkarangan masjid al-Aqsa di Jerusalem bersama pengawal-pengawal bersenjata.

Beberapa penganalisis mencadangkan bahawa pembunuhan ke atas al-Rantissi adalah sebahagian daripada strategi yang bertujuan untuk melemahkan Hamas; sebelum pengunduran daripada Gaza oleh Israel yang sepatutnya berlaku. Mereka menerangkan bahawa pihak-pihak atasan Israel dihantui oleh gambaran kemenangan di kalangan dunia Arab yang meraikan pengunduran Israel daripada Lebanon pada Mei 2000, sebagai kemenangan yang dicapai oleh gerila Hizbullah.

Pada masa itu, tentera Israel dilihat sebagai telah mengundur diri dengan penuh keaiban; setelah diganggu secara berterusan ? ia merupakan penaik semangat kepada rakyat Palestin; dan dianggap oleh sesetengah pihak sebagai salah satu daripada sebab-sebab utama yang mencetuskan Intifada kedua pada September 2000.

5.Para pembuat polisi Israel tidak mahu kelihatan lemah dengan pengundurannya daripada Gaza seperti yang sedang dijangka. Akan tetapi, pembunuhan ke atas Sheikh Ahmed Yassin dengan diikuti ke atas al-Rantissi adalah lebih bersamaan dengan cara Israel-Amerika menafsirkan politik negara, strategi jangka panjang mereka di wilayah ini, dan persamaan pendapat antarabangsa oleh pihak atasan di Washington dan Tel Aviv.

Bukan sahaja US dan Israel mempunyai taktik ketenteraan yang serupa di Palestin dan di Iraq (penggunaan kuasa udara untuk menewaskan musuh di Gaza dan Falujjah; kawasan yang terdapat ramai orang awam) dan persamaan retorik (memerangi pengganasan/ terrorism), mereka juga berkongsi sebuah rekaan agung ke atas kawasan terbabit yang jauh mendahului mana-mana bentuk-bentuk perkongsian strategik yang lampau di antara dua buah negara.

Dengan erti kata lain, pembunuhan ke atas al-Rantissi adalah simbolik kepada keinginan Bush dan Sharon untuk meneruskan sistem dominasi dan penjajahan ke atas tanah Arab dan orang Islam, di mana penghapusan sesiapa yang menentang sistem ini dijustifikasikan dengan kerap.

Berakhirnya Sistem Rasmi Arab

Pembunuhan yang telah berlaku tidak memeranjatkan, berdasarkan kepada situasi kebuntuan di Timur Tengah sekarang ini. Bush dan Sharon menganggap kawasan tersebut sebagai sebuah kawasan vakum geo-politikal, di mana orang Islam dan orang Arab adalah tidak penting. Perbezaan-perbezaan pendapat yang nyata di antara negara-negara Arab di dalam pelbagai isu seperti reformasi Arab, pengdemokrasian dan rancangan damai Arab 2002, dan juga pembatalan di saat-saat terakhir Persidangan

Kemuncak Arab di Tunisia; telah mengesahkan bahawa rejim-rejim Arab tidak berupaya untuk mengambil satu pandangan yang bersepakat terhadap isu-isu asas, apatah lagi untuk mengambil satu tindakan yang berupa konfrontasi. Seorang pegawai senior Israel meraikan keruntuhan Persidangan Kemuncak Arab itu sebagai ?sebuah petanda yang positif yang membayangkan bahawa dunia Arab sedang berubah dan bahawa permusuhan mereka dengan Israel tidak lagi menjadi satu perkara yang mencukupi untuk membentuk perpaduan?

6.Askar-askar Arab telah tidak lagi bertindak sebagai askar-askar professional yang memelihara negara masing-masing daripada ancaman-ancaman luaran. Sebaliknya, mereka menjadi penjaga-penjaga kepada rejim-rejim yang sedia ada sekarang ini. Mereka menjalankan tugas pegawai polis tempatan, seperti menghalang demonstrasi, dan usaha untuk mencari ?pengganas?.

7 Tambahan lagi, pengulangan pendapat Arab bahawa ?kedamaian adalah pilihan strategik kami? dan propaganda oleh rejim-rejim terbabit yang menyebarkan suatu budaya kekalahan di kalangan rakyat Arab telah mengukuhkan Bush dan Sharon.
Kegagalan sedemikian memberikan mesej yang jelas kepada Bush dan Sharon; iaitu di sebalik bilangan rakyat, kekayaan minyak, belanjawan ketenteraaan yang melimpah dan bilangan elit terpelajar yang ramai; orang Arab masih tidak dapat menghalang atau mengelakkan pendekatan sempadan US-Israel ke atas negara-negara mereka, pembunuhan sistematik rakyat mereka, atau penggunaan secara paksa ke atas sumber-sumber mereka.

8Bush dan Sharon ? kedua-duanya realist dan ahli politik sayap-kanan yang berkeinginan ? percaya bahawa kekuatan ketenteraan adalah mata wang terunggul di dalam hubungan antarabangsa. Sharon diketahui sebagai seorang pelajar yang cemerlang di dalam idelogi sayap-kanan terunggul Israel, Ze?ev Jabotinsky, yang telah mengeluarkan pendapat pada tahun 1923 bahawa rakyat asal Palestin harus tinggal ?di belakang dinding besi, di mana mereka tidak akan dapat melepasinya?

9 George Bush pula diketahui sebagai terpengaruh oleh konservatif sayap-kanan pro-Israel; yang pandangan terhadap dunia Arab/ Islam tidak kurang hinanya.
Selagi Sharon dan Bush tidak mendapat suatu kuasa anti-hegemoni di kawasan ini, mereka akan terus mengejar objektif peluasan mereka. Ia perlu diingat bahawa pegawai-pegawai Amerika hanya menimbangkan perundingan secara serius dengan penduduk di Fallujah dan Moqtada al-Sadr apabila operasi ketenteraan gagal untuk menundukkan pejuang-pejuang Iraq dan berbilang askar US yang terkorban di dalam proses tersebut. Pada masa yang sama, sesetengah pengulas Israel dan Palestin telah membahaskan bahawa kegagalan Hamas untuk melancarkan tindak balas pada masanya setelah pembunuhan ke atas Syeikh Yassin telah menyumbang kepada keputusan Israel untuk membunuh al-Rantissi.

10 Di dalam erti kata lain, suatu pertunjukan kekuatan Iraq telah mampu menghalang Amerika daripada meneruskan objektif mereka; manakala tindak balas ketenteraan Palestin yang tidak seberapa ke atas kematian Yassin telah menggalakkan Israel untuk meneruskan pembunuhan ke atas al-Rantissi.

Deklarasi Balfour Baru

Di dalam banyak cara, pentadbiran US telah memberikan Israel ?lampu hijau? untuk menyerang Hamas. Di dalam satu sidang media sebelum mesyuaratnya dengan Sharon, Bush telah menyebut ?pertubuhan-pertubuhan ganas Hamas dan Hizbullah? berkaitan dengan musuh sengit baru Amerika di Iraq, Moqtada al-Sadr. Pada hari yang seterusnya, Bush menulis di dalam suratnya kepada Sharon bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri daripada keganasan, ?termasuklah mengambil tindakan ke atas pertubuhan-pertubuhan ganas?. Akhbar harian Israel, Ma?ariv, juga telah membocorkan berita mengenai seorang pegawai White House yang telah bertanya : ?Bagaimana pula dengan al-Rantissi?? kepada teman Israelnya, setelah dilakukan pembunuhan ke atas Yassin.

11 Masa di mana pembunuhan ke atas al-Rantissi dilakukan adalah sangat provokatif. Beberapa hari sebelum pembunuhan tersebut, George Bush telah memberi kelulusan ke atas permintaan Ariel Sharon; semasa lawatan Sharon ke White House. Bush menggelar perancangan Sharon untuk berundur daripada Gaza sebagai ?berani? dan berkata bahawa ia adalah tidak realistik untuk mengharapkan Israel untuk mengundurkan kesemua penempatannya di kawasan-kawasan Tebing Barat yang dirampas pada tahun 1967; atau untuk menerima kepulangan berjuta-juta pelarian Palestin akibat daripada pemisahan tahun 1948.

12.Dengan sokongan yang diberikan terhadap 3 aspek tersebut; yang merupakan cara Sharon mengendalikan isu Palestin ? Israel berundur daripada Gaza sahaja, pengekalan tetap terhadap beberapa penempatan utama Israel di Tebing Barat, dan menafikan ?hak untuk kembali? jutaan pelarian Palestin ? George Bush telah melenyapkan dua dekad polisi US dan mempermainkan resolusi UN. Sekiranya perancangan Sharon hendak diteruskan, rakyat Palestin hanya akan dibenarkan hak kepada kawasan yang kecil, di mana isu kedaulatan negara sendiri tidak dapat ditimbulkan. Lebih-lebih lagi, apabila ?negara? mereka adalah Bantustan yang terbahagi; yang dikelilingi sepenuhnya oleh kawasan Israel dan di bawah dominasi ekonomi dan ketenteraan Israel yang hampir lengkap.

Sesetengah pihak telah mengatakan bahawa strategi Sharon adalah untuk mengusir sebanyak mungkin rakyat Palestin, dan menempatkan mereka di kawasan penempatan padat yang terkepung.13 Sesetengah pihak lain mengatakan bahawa di bawah rancangan Sharon, penempatan yang masih tinggal akan dapat menempatkan lebih kurang 92,000 daripada 220,000 peneroka Israel di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, meninggalkan rakyat Palestin untuk ?menguasai? tidak sampai 50% hingga 60% daripada Tebing Barat.

14 Penafian Sharon dan Bush terhadap kepimpinan Palestin dan penetapan polisi mereka membayangkan sikap mereka yang sangat merendahkan dan meremehkan rakyat Palestin ? di sebalik kesediaan ramai pemimpin Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk mengikuti dan akur dengan persetujuan kedamaian yang ditaja oleh US di masa lepas; walaupun persetujuan tesebut tersangat diragui. Di dalam perancangan Sharon, perundingan hanya akan berlaku di antara pemimpin di dalam parti pemimpin Israel, Likud; dan di antara mereka dengan pentadbiran Bush. Pemimpin Arab diberitahu akan perancangan Israel oleh Washington, serta diberitahu untuk turut membantu, ataupun diberitahu tentang ?tanggungjawab? mereka. Akan tetapi, penentangan mereka selalunya akan dibiarkan begitu sahaja.

15Pernyataan rasmi Bush-Sharon tersebut adalah serupa dengan Deklarasi 1917 Balfour; di mana kuasa super pada masa itu, Britain menjanjikan orang-orang Yahudi sebuah tanahair di Palestin, mengetepikan aspirasi rakyat asli Arab dan bangkangan daripada orang Islam di seluruh dunia.

Kesimpulan

Pembunuhan ke atas al-Rantissi tidak mungkin akan melemahkan pengaruh Hamas di kalangan rakyat Palestin. Hamas adalah sebuah pergerakan yang besar dengan beribu penyokong daripada segenap lapisan sosio-ekonomik masyarakat Palestin.16 Kematian al-Rantissi akan memberikan Hamas penyokong yang lebih banyak dan menyebabkan masyarakat Palestin menjadi lebih radikel.

Walau bagaimanapun, dengan situasi terkini di Iraq, pembunuhan al-Rantissi juga mungkin akan menyemarakkan rasa kecewa dan kemarahan di kalangan orang Arab terhadap Israel dan US. Kesan daripada pembunuhan ke atas Yassin dapat dirasai sehingga ke Khyber Pass di Pakistan, di mana demonstrasi telah dilakukan untuk membantah pembunuhan tersebut. Pembunuhan Yassin juga telah mengakibatkan Ayatollah al-Sistani di Iraq untuk mengecam apa yang dipanggilnya sebagai ?jenayah yang buruk?, memanggil ?anak-anak lelaki Arab dan negara-negara Islam untuk bersatu dan bekerja keras untuk membebaskan kawasan yang dijajah dan mengembalikan hak yang diambil.?

17 Keadaan di mana kemarahan Arab-Muslim sedang membara akan membantu al-Qaeda untuk merekrut lebih banyak penyokong dan mengenepikan pihak ?sederhana? Arab. Persetujuan jelas pihak pentadbiran Bush terhadap perancangan Sharon *****a beberapa hari sebelum pembunuhan dilakukan ke atas al-Rantissi hanya mengesahkan pandangan utama di dunia Arab; iaitu Israel dan US adalah dua pihak berbeza di bahagian yang serupa.

Apa yang menarik, Sharon mahu memaksa rakyat Palestin untuk hidup di bawah bayangan metafor ?dinding besi? yang dikuatkuasakan oleh pihak tentera Israel dan kekuatan nuklear, ditambah dengan halangan konkrit sebenar yang sedang dibina bagi lebih menghimpit rakyat Palestin. Serentak dengan itu, Bush sedang berusaha untuk memaksa kesemua dunia Muslim untuk hidup di bawah bayangan ?dinding besi? tentera terbesar di dunia. Mungkin adanya pengajaran yang dapat diambil oleh rejim-rejim Arab daripada masyarakat di Fallujah.

Kareem M. Kamel adalah seorang penulis bebas Mesir yang berpusat di Kaherah, Mesir. Beliau mempunyai MA di dalam Hubungan Antarabangsa dan mengkhusus kepada pembelajaran keselamatan, pembuatan keputusan, politik nuclear, politik Timur Tengah dan politik Islam. Beliau kini merupakan penolong kepada Jabatan Sains Politik di Universiti Amerika di Kaherah.

Rujukan
1 Derek Brown, ?Abdel Aziz al-Rantissi,? Guardian Unlimited 19 April 2004
2 Leader, ?The Legacy of Lebanon,? Guardian Unlimited 19 April 2004
3 ?Rantisi Buried as Israel Vows More Killing,? Al-Jazeera (English) 19 April 2004
4 Derek Brown, ?Abdel Aziz al-Rantissi,? Guardian Unlimited 19 April 2004
5Leader, ?The Legacy of Lebanon,? Guardian Unlimited 19 April 2004
6 ?Tunisia Stuns Arab Ministers With Unprecedented Summit Postponement ,? Yahoo! News 28 Mac 2004
7 Nora Bensahel dan Daniel Byman, ?The Future Security Environment in the Middle East: Conflict, Stability and Political Change ,? RAND
8Patrick Seale, ?A Eulogy for the Arab State System,? The Daily Star 10 Jun 2003
9 Andreas Whittam Smith, ?The Roots of Sharon?s Policy on Palestine,? The Independent 19 April 2004
10 ?Hamas: What is Next? ? Al-Jazeera (English) 20 April 2004
11 Aluf Benn, ?Sharon Promised, and is Providing, Tough Actions.? Ha?aretz 18 April 2004
12 Howard LaFranchi and Ben Lynfield, ?Beyond Israel: Ripple Effect of Bush?s Stand,? Christian Science Monitor 16 April 2004
13 Peretz Kidron, ?Sharon?s Sights on Strategic Objective,? Middle East Report Online (MERIP) 14 April 2004
14 Ilene R. Prusher, ?US Weighs Israel?s Pullout Plan,? Christian Science Monitor April 14 April 2004
15 Tony Karon, ?Why Arabs Hear Sharon Not Bush,? Time.com15 April 2004
16 ?Hamas: What is Next? ? Al-Jazeera (English) 20 April 2004
17 H.D.S. Greenway, ?The Fallacy of Marching With Sharon,? International Herald Tribune 27 Mac 2004