Surat Seorang Rakyat Amerika Kepada Azzam Tamimi berkaitan isu Palestin

Dr Azzam Tamimi telah menerima email daripada seorang rakyat Amerika bernama Bob Johnson. Palestinkini mendapat salinan surat tersebut beserta balasan email oleh Dr Azzam. Mari ikuti bersama…

Dari: Bob Johnson (sillycracke1234@yahoo.com)

Kepada: Dr Tamimi,

Anda adalah seorang yang GILA!!!, pemikiran anda, penulisan dan analisis anda berkaitan dengan asal-usul negara Palestin adalah tidak masuk akal. Saya merupakan seorang rakyat Amerika yang baru sahaja pulang dari Israel demi mengkaji pokok permasalahan di sana dan mencari penyelesaian yang paling berkesan untuk menyelesaikan konflik di Palestin. Israel bukanlah sebuah negara yang tidak boleh dikongsi bersama agar kedua-dua bangsa Arab dan Yahudi boleh hidup aman damai bersama di samping memajukan tanah tersebut seperti yang anda katakan. Rakyat Israel adalah bangsa yang bertolak ansur dan terbuka untuk mengiktiraf kewujudan orang-orang Arab di dalam negara mereka, yang mana sikap terbuka seperti ini langsung tidak dimiliki oleh orang-orang Arab yang kolot dan taksub. Negara ini terlalu kecil dan mustahil untuk dibahagikan kepada dua buah negara. Di dalam penulisan-penulisan anda, anda tidak langsung menyentuh tentnag persoalan ini.

Untuk pengetahuan anda, kemajuan di Israel pada hari ini adalah hasil daripada usaha orang-orang Yahudi yang telah menganggap tanah tersebut sebagai tanah air mereka. Sebagai seorang Kristian yang tinggal di dalam sebuah negara Kristian, saya merasakan orang-orang Islam telah diberikan kebebasan yang sepenuhnya untuk beramal dengan agama mereka. Saya tidak merasakan kebebasan yang sama akan diberikan kepada manusia jika orang-orang Islam yang memerintah di mana-mana negara di atas muka bumi ini. Malah agama lain dan juga para wanita akan menghadapi msalah besar jika ianya berlaku.

Al-Jazeera pula merupakan sebuah saluran berita yang berat sebelah, malah lebih dahsyat daripada Fox News Channel. Hanya kebebasan media stail Amerika sahaja yang mempunyai keadilan dan juga sikap yang terbuka dan tidak berat sebelah. Saya setuju bahawa di bawah sistem demokrasi, seseorang itu bebas untuk mendengar berita dari semua sumber, namun sumber-sumber berita Arab adalah keterlaluan dan bias sehingga membuatkan masyarakat Arab buta untuk memahami kebaikan pada Amerika. Mereka menjadi lalai kepada usaha Amerika untuk membina keadilan sosial dan juga keamanan di serata dunia. Lihat sahaja kepada PBB, bagaimana Amerika menjadi penyumbang utama untuk segala usaha kebajikan yang dilakukan oleh badan tersebut. Dalam isu Palestin pula, semenjak zaman Carter lagi, Amerika telah berusaha mewujudkan kedamaian di sana, malah telah memberikan peruntukan sebanyak satu juta Dollar (USD 1 juta) untuk kerajaan tempatan Palestin.

Akhir sekali anda gagal untuk menyatakan tentang korupsi para pemimpin Palestin. PLO dan Arafat merupakan penyamun-penyamun. Bagaimanakah mungkin pemimpin-pemimpin PLO hidup dalam kemewahan sedangkan rakyat Palestin rata-ratanya hidup dalam kesempitan hidup dan melarat?, bagaiamana mungkinkah sebuah kerajaan yang inginkan kedamaian dapat bekerjasama dengan sebuah pertubhan yang korupsi???, keamanan tidak akan dapat dicapai kecuali rakyat Palestin sendiri yang menghentikan keganasan mereka!

Saya penat menulis, saya ingin dengar apa yang anda ingin perkatakan ataupun daripada orang lain dari organisasi kamu.

Surat balas Azzam Tamimi kepada Bob Johnson

Kehadapan Bob Johnson,

Salam sejahtera,

Jelas sekali dari kenyataan yang telah anda berikan, menunjukkan anda naif tentang bagaimanakah permasalahan di Palestin ini bermula. Buat makluman anda, negara Israel adalah sebuah negara yang telah dirampas oleh pihak Zionis daripada penduduk asal mereka, iaitu rakyat Palestin. Bukan sekadar tanah dan negara mereka telah dirampas, bahkan mereka telah dhalau keluar dari tanah air mereka sendiri. Semenjak ratusan tahun lalu, bilangan bangsa Yahudi yang mendiami bumi Palestin adalah kurang daripada tiga peratus (3%), shinggalah apa yang dilakukan oleh Hitler terhadap mereka di Eropah telah menyebabkan mereka telah beramai-ramai berhijrah ke bumi Palestin. Mereka inilah majoriti penduduk Israel pada hari ini. Orang-orang Eropah juga tidak mahukan mereka berada di Eropah, maka mereka telah menjadikan orang-orang Yahudi sebagai alat untuk memanjangkan usaha kolonialisasi mereka di Timur Tengah untuk memastikan pencabar utama hegemoni Eropah pada waktu itu, iaitu negara-negara Islam akan berada di dalam keadaan bermasalah untuk menghadapi orang-orangYahudi. Fakta yang tidak dapat disangkal, kuasa-kuasa Eropahlah yang telah membentuk permasalahan di Palestin.

Perjuangan rakyat Palestin untuk memerdekakan negara mereka daripada penjajahan Zionis adalah sah. Apakah yang akan anda lakukan jika seseorang menceroboh masuk rumah anda yang telah lama anda diami dan mengatakan rumah tersebut adalah milik mereka berdasarkan dongengan yang mereka cipta di atas nama agama?, adakah anda dengan senang hati akan menyerahkan rumah tersebut kepada penceroboh tersebut? Jika anda melawan mereka, anak-anak anda akan dibunuh, rumah anda akan dirobohkan, adakah dengan alasan tersebut, maka anda bersetuju menyerahkan rumah anda kepada penyamun tersebut?

Jika saluran al-Jazeera bukan pilihan anda untuk mendapatkan maklumat yang tetpat dan adil, saya cadangkan agar anda pergi ke perpustakaan untuk membaca sejarah bagaimanakah permaslaahan di Palestin ini bermula. Konflik di Palestin bukanlah semestinya bermaksud penentangan terhadap Amerika. Orang-orang Amerika masih lagi boleh disayangi dan disanjungi oleh dunia. Apa yang perlu mereka lakukan ialah menyokong keadilan dan kemerdekaan dan bukannya menyokong Zionis yang tidak lain hanyalah merupakan sebuah gerakan perkauman yang langsung tidak menghormati dan mengiktiraf manusia lain di muka bumi ini. Kita tidak nafikan bahawa bangsa Yahudi telah ditindas buat sekian lama dari dahulu lagi selama mereka tinggal di Eropah, namun mereka perlu ingat bukan orang-orang Palestin yang telah menganiaya mereka. Pihak yang telah menzalimi, menganiaya dan menindas mereka adalah orang-orang Kristian Eropah yang mempunyai dendam keagamaan terhadap bangsa Yahudi. Bahkan, sejarah telah membuktikan bagaimana orang Islam dan juga negra Islam telah menyelamatkan mereka, malah melindungi mereka daripada keganasan Kristian Eropah.

Permasalahn di Paelstin bukanlah persoalan agama seperti yang disangkakan oleh ramai orang. Ianya juga bukanlah permasalahan di antara umat Islam dengan bangsa Yahudi seprti yang telah digembar-gemburkan. Ramai orang Yahudi yang tidak mengiktiraf Zionis dan negara Israel. Malah ada di antara mereka yang menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menganggap negara Israel adalah negara yang telah dibentuk oleh pengganas, penyamun dan juga pembunuh. Persoalan utama di dalam isu Palestin adalah penindasan penjajah Zionis ke atas penduduk asal yang dizalimi, iaitu rakyat Palestin. Saya berharap agar anda akan dapat menerima cadangan saya ini dan akan mempelajari isu ini dengan lebih adil dan mendalam.

Dr Azzam Tamimi,
IIPT, UK.