Abbas: Kesepakatan Gencatan Senjata

Jumaat, 28/1/2005 – Presiden Palestin, Mahmod Abbas menyatakan bahawa dalam waktu terdekat kesepakatan dengan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin berkenaan gencatan senjata akan dicapai.

Ia menegaskan bahawa Israel bertanggungjawab menjayakan kesepakatan ini dengan menghentikan seluruh serangan ketenteraan dan penangkapan terhadap rakyat Palestin.

Dalam wawancara di TV Palestin, Abbas menegaskan bahawa dialog yang berlangsung dengan kumpulan pejuang Palestin bukan hal baru sebab ia sudah dimulai sejak dua tahun lalu dan pernah menghasilkan gencatan senjata. Ia mengatakan pentingnya membebaskan rakyat Palestin dari kekejaman Israel di seluruh kawasan Palestin.

Menurutnya, dalam waktu terdekat dialog harus menghasilkan kesepakatan. Negara zionis ini harus menghentikan semua operasi tentera yang zalim terhadap rakyat Palestin. Israel juga harus taat dengan ?Road Map? dan pembebasan tahanan Palestin.

Kesepakatan soal gencatan senjata itu memang belum ada, tapi pasti akan terjadi, tegas Abu Mazen. Katanya, Israel memiliki tanggungjawab bekerjasama atas kesepakatan itu, dengan menghentikan serangan, penangkapan dan membebaskan tahanan Palestin.

Sejak beberapa hari terakhir, Mahmod Abbas melakukan sejumlah pertemuan dengan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin, terutama Hamas, Jihad Islami, Brigade Syuhada Al Aqsha. Ia sempat mengeluarkan arahan kepada pasukan keamanannya agar menghentikan serangan terhadap pejuang Palestin yang menyerang Israel. Tindakan itu kemudian dikritik oleh kumpulan-kumpulan pejuang bahawa jika Israel terus menerus melakukan serangan ke Palestin, maka serangan balas juga tidak akan dihentikan. Memang sejak Abbas melakukan dialog dengan beberapa kumpulan pejuang, Israel tidak melakukan serangan.

Sementara itu, kumpulan pejuang Palestin memberikan isyarat untuk bersedia melakukan gencatan senjata selama sebulan. Namun mereka menolak adanya laporan Israel yang menyatakan bahawa kumpulan pejuang bersetuju secara rasmi untuk gencatan senjata. Sami Abu Zuhri, jurubicara Hamas mengatakan bahawa pihaknya bersedia untuk bertenang(bukan gencatan senjata). Karena, tidak mungkin menerima gencatan senjata bila tidak ada komitmen yang jelas dari Israel untuk menghentikan permusuhannya terhadap Palestin dan menuruti semua tuntutan Palestin, terutama pembabasan tahanan.

Di sisi lain, Ruters mengutip bahawa Zilman Shuval, penasihat Sharon mengatakan bahawa dicapai kesepakatan sementara dengan Palestin dalam waktu terdekat, karena Abbas seperti Arafat ingin agar Israel melepaskan semua tanah Tebing Barat.

Palestin sendiri meminta agar ada negara merdeka yang mereka pimpin di tanah jajahan Israel tahun 1967. Israel mengatakan bahawa tidak mungkin kalau Israel melepaskan diri dari penempatan-penempatan Yahudi yang besar di Tebing Barat. Sikap Israel ini didukung oleh Amerika. Sementara itu, Sharon dalam kenyataan di Sidrut mengatakan bahawa memang ada masa tenang sekarang. Namun pihaknya tidak tahu akan perubahan sebenarnya. Namun jika Palestin memulakan serangan, maka akan dibalas dengen serangan tentera oleh Zionis-Israel.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.