London, Jumaat, 28/1/2005 – Rejim Israel dan juga konco-konconya terus melakukan makar mereka terhadap usaha-usaha mrni pembebasan Palestin dengan apa cara sekali pun. Sehingga hari ini, laman web Palestine-info yang membekalkan beita-berita terkini berkaitan isu Palestin dari kaca mata umat Islam telah digodam oleh pakar-pakar komputer Zionis.
Sebelum ini banyak lagi laman web-laman web pro-Palestin telah digodam oleh pihak Zionis. Tujuan mereka ialah untuk menghalang masyarakat dunia mendapatkan berita terkini yang tepat dan sahih dari sumber alternatif. Mereka turut menyedari bahawa laman web-laman web pro-Palestin ini telah banyak mengubah persepsi sesetengah masyarakat dunia terhadap isu Palestin. Mereka juga tidak berminat untuk dunia mengetahui kerugian dan juga kemusnahan yang mereka alamai dari serangan roket al-Qassam yang tidak pernah dilaporkan oleh media arus perdana yang rata-rata dikuasai oleh mereka.
Pihak palestine-info kini sedang bertungkus lumus memperbaiki laman web mereka yang dipercayai diserang hebat oleh penggodam-penggodam Zionis. Laman web seumpama itu, Hamas-online pernah mengalami masalah sedemikian dan mengambil masa seminggu untuk memulihkan laman web mereka.