Zionis wajib mematuhi syarat Palestin jika inginkan gencatan senjata – Misha’al

Baitul Maqdis, Jumaat, 28/1/2005 – – Ketua biro politik HAMAS, Khaled Misha’al semalam menegaskan bahawa pihak Zionis wajib mematuhi syarat-syarat Palestin jika mereka inginkan fraksi penentangan Palestin untuk melakukan gencatan senjata.


Antara syarat-syarat yang dikemukakan oleh pihak HAMAS ialah, rejim Zionis hendaklah menghentikan operasi membunuh di luar pengadilan (extrajudicial) pterhadap para pejuang Palestin, mereka juga hendaklah memberhentikan jenayah merobohkan rumah-rumah dan penempatan rakyat Palestin, mereka juga hendaklah memberhentikan jenayah pembunuhan massa rakyat Palestin seperti yang telah banyak mereka lakukan, dan yang terakhir sekali, pihak Zionis wajib membebaskan rakyat Palestin sejumlah lebih 8,000 pejuang yang telah mereka tahan di penjara-penjaramilik rejim tersebut.

Jika pihak Zionis bersetuju mematuhi kesemua syarat-syarat tersebut, pihak HAMAS dan Jihad Islamiyy tidak akan teragak-agak untuk menghentikan serangan-serangan mereka terhadap kepentingan Zionis.

HAMAS dalam perkembangan yang lain sedang berusaha berunding dengan Presiden PA yang baru, Mahmoud Abbas untuk menyempitkna ruang perbezaan dan juga mempengaruhinya agar tidak termakan dengan desakan pihak Zionis agar mengenakan tekanan ke atas para pejuang Palestin seperti yang pernah dilakukan oleh PA lewat Oslo 1993 yang lalu.

Pihak Zionis ketika diminta untuk mengulas tentang tuntutan HAMAS pula telah menentang sekeras-kerasnya tuntutan tersebut dan mendakwa HAMASlah yang wajib melucutkan senjata dan apa yang dilakukan oleh pihak rejim adalah untuk mempertahankan diri mereka.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.