Abbas menggesa rejim Zionis hentikan pembunuhan ke atas para pejuang Palestin

Tebing Barat , Jumaat, 28/1/2005 – Presiden PA yang baru, Mahmoud Abbas menggesa pihak rejim Zionis agar menghentikan tindakan mereka membunuh para pejuang Palestin jika mereka benar-benara mahukan kedamaian dan gencatan senjata.

Gesaan tersebut telah dibuat sebagai tindak balas terhadap pembunuhan ke atas salah seorang pejuang Briged Syuhada al-Aqsa milik gerakan Fatah di Qalqiliya, Tebing Barat semalam. Menurut Abbas, tindakan kejam pihak rejim itu hanya akan memburukkan keadaan dan akan menggagalkan segala usaha untuk perdamaian di antara kedua-dua belah pihak.

Di dalam perkembangan yang lain, tentera rejim Zionis dilaporkan telah membunuh seorang kanak-kanak Palestin berumur 3 tahun di utara Gaza. Dalam waktu yang sama mereka (Zionis) menyalahkan Abbas kerana lambat mengambil inisiatif untuk perlucutan senjata dari pihak penentangan Palestin.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.