Al-Misri: Dialog tidak akan maju selagi tidak menerima pilihan pejuang.

Isnin,  27/04/2009 – Mushir al-Misri seorang pimpinan HAMAS dan anggota Majlis Perundangan Palestin bagi blok ‘Perubahan dan Reformasi’ menegaskan bahawa dialog Palestin-Palestin tidak akan maju seinci pun jika tidak menerima pilihan pejuang menentang penjajahan Zionis.

Dalam ucapan yang disampaikan sempena festival yang dianjurkan HAMAS di perkhemahan baru al-Nusairat bagi memberi penghormatan kepada para syuhada’ perkhemahan tersebut pada petang Khamis (23/4) beliau menolak daripada memberikan komitmen terhadap perjanjian-perjanjian yang ditandatangani oleh PLO dengan penjajah Zionis dan menganggap persetujuan tersebut sebagai tindakan berundur daripada mempertahankan hak rakyat Palestin, terutamanya tindakan menyerahkan sebahagian bumi Palestin yang diberkati.

Mushir al-Misri menegaskan bahawa HAMAS tidak akan mengiktiraf regim Zionis dan menganggapnya sebagai satu sel kanser yang mesti dibuang dari Palestin dan hendaklah dihapuskan. Beliau berkata: “HAMAS tidak mengiktiraf apa yang dinamakan sebagai ‘Israel’ ketika ia masih berada dalam fasa lemah, maka bagaimanakah dunia mahukan ia mengiktiraf Israel ketika ia telah melangkah ke fasa kuat dan mendapat kemenangan?”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir