Abu Zuhri: Kemenangan Hamas, Kemenangan Rakyat

Jumaat, 28/1/2005 – Jurubicara Hamas, Sami Abu Zuhri menegaskan bahawa sehingga kini, gerakan Hamas berpuas hati dengan proses pemilihan anggota dewan. Jika Hamas menang dalam pemilihan ini, maka ini adalah kemenangan rakyat.

Keterlibatan Hamas dalam pemilihan anggota dewan kali ini disambut baik oleh rakyat Palestin lantas akan memberikan makna kepada proses pilihanraya. Ia berharap kejayaan Hamas akan membawa kebaikan pada ruang lebih luas kepada rakyat Palestin. Meskipun pilihanraya kali ini diwarnai beberapa salahlaku namun hal itu tidak mempengaruhi keputusan akhir.

HAMAS berkeyakinan memenangi pilihanraya tempatan kali ini

Sementara itu, satu kajian yang dijalankan menyatakan bahawa dari 414 calon anggota dewan yang bertanding untuk 118 kerusi yang disediakan, 27% dari Fatah dan 25% oleh Hamas di 10 bandar di Semenanjung Gaza. Calon dari Fatah seramai 112 orang dan dari Hamas seramai 104, dari PFLP seramai 42, dari Jihad Islami seramai 5 calon, dari Partai Rakyat seramai 11 orang, dari Front Perjuangan seramai 2 orang, dari DFLP seramai 6 calon, dan calon bebas seramai 132 calon.

Kebanyakan calon yang bertanding berusia antara 35 ? 50 tahun dan mempunyai latarbelakang dan tahap pendidikan yang berbeza-beza.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.