Reformasi PLO, Hamas Sedia Gabung

Rabu, 2/2/2005 –Gerakan Hamas kembali menyatakan bahawa mereka bersedia untuk bergabung dengan PLO jika organisasi ini ditadbir atas landasan benar, jujur, telus, setelah dilakukan reformasi.

Jurucakap Hamas, Mushir Misri menyatakan kepada harian El Bayan Emiret bahawa tidak ada penegasan tegas soal pengunduran Israel dari Semenanjung Gaza, namun semua kemungkinan boleh terjadi. Pihak Hamas sudah menyatakan kepada Abu Mazen masalah kemungkinan penegasan pengunduran Israel tersebut dan membicarakan pentingnya mengatur urusan dalaman Palestin. Perbincangan itu menghasilkan bahawa ada persepsi kuat berkenaan situasi Palestin selepas pengunduran Israel dari Semenanjung Gaza. ?Kami membincangkan pentingnya format rujukan nasional bersama dan mengembalikan PLO atas dasar yang bersih, telus agar menjadi ikutan semua organisasi Palestin dan kesepakatan program-programnya.? Tegas Misri.

Misri menambah lagi bahawa gerakannya meminta kepada Abu Mazen agar melakukan reformasi ke atas PLO sebelum Hamas bergabung. Pihak Hamas dan Abu Mazen bersepakat atas prinsip kebersamaan.

?Dari segi prinsip, Hamas tidak menolak untuk bergabung dengan PLO dan semua menyatakan bersedia dan bahkan menegaskan pentingnya bergabung sehingga organisasi ini menjadi ikutan dan contoh semua organisasi Palestin. Kini kita sedang berbincang secara terperinci bagi setiap masalah-masalah yang dihadapi ?.

Berkenaan dialog di Mesir, Misri menegaskan bahawa tidak dapat dipastikan lagi, meskipun begitu Hamas bersedia untuk berdialog di mana saja untuk mencapai kesepakatan antara kumpulan-kumpulan Palestin. ?Persepsi Hamas sangat jelas dan perincian tahap-tahapnya mestilah dengan bertolak dari kepentingan rakyat Palestin,? kata Misri.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.