(Terkini) Obama mohon undang-undang Amerika digubal supaya Hamas boleh dibawa berbincang.

Khamis,  30/04/2009 – Akhbar Los Angeles Times berkata pada hari Isnin pihak pentadbiran Amerika mahu undang-undangnya digubal agar Hamas boleh dibawa berbincang dimana undang-undang yang sedia ada melarang sebarang perbincangan dengan Hamas sehingga Hamas ikitiraf negara haram Israel, meletakkan senjata, dan mengikitiraf semua perjanjian yang ditandatangani di antara PLO and Israel.

Pentadbiran Obama mahu menangani krisis kemanusiaan di Gaza tetapi buntu akibat larangan ke atas Hamas. Namun cadangan kemungkinan tidak akan diterima memandangkan kerajaan perpaduan Hamas-Fatah kini menemui jalan buntu.

 Permohonan pentadbiran Obama telah menunjukkan mereka lebih bersimpati terhadap nasib rakyat Palestin berbanding pentadbiran Bush. Ahli majlis Repbulikan Mark Steven Kirk menyelar cadangan ini dengan menyamakan Hamas dengan Nazi tetapi kebanyakan pengawai kerajaan Amerika berkata cadangan tersebut bukanlah pengiktirafan kepada Hamas tetapi menggambarkan kepayahan pentadbiran Amerika untuk menaja pelan damai tanpa Hamas.

sumber : http://www.imemc.org 
penterjemah :  anonymous

3 Comments
  1. Jihad menentang musuh2 Agama Allah tidak akan terhenti dan ia akan berterusan sehingga datangnya kiamat dan jangan harap Hamas akan mengaku kalah begitu sahaja..

    AllahAkhbar!!!

  2. AllahuAkbar!!!Memang benar jihad akan berterusan hingga kiamat.Maka kita ummat Islam mestilah menyokong pejuang2 yang berada di medan jihad.

Comments are closed.