‘Asqoul: Generasi muda sedia berkorban untuk capai hak.

Khamis,  30/04/2009 – Dr Muhammad ‘Asqoul, Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi menegaskan bahawa generasi yang sedang dilupakan hak mereka oleh penjajah Zionis merupakan generasi yang paling banyak menghadapi kesukaran dan paling bersedia berkorban dan berusaha apa sahaja demi mengembalikan hak mereka.

Ini ditegaskan beliau semasa sambutan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi di Gaza pada pagi hari Rabu (29/4) bagi meraikan pejabat-pejabat pelajaran dan pelajar-pelajar yang menang dalam pertandingan ‘Mahkota Pengetahuan’ Kedua yang membawa tema ‘Gaza… Kemenangan dan Kemuliaan’. Ia berlangsung di dewan perhimpunan, bangunan kementerian tersebut di bandar Gaza.

Asqoul seterusnya mengalu-alukan usaha yang dilakukan oleh pejabat jabatan-jabatan pelajaran sekolah bagi meningkatkan kemampuan intelek, pengetahuan am dan tahap kreativiti para pelajar, serta memberikan keperihatinan yang tinggi kepada aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pelajar terus membaca dan menelaah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

One Comment

Comments are closed.