Al Qassam Kembali Lancarkan Serangan ke Israel

Gaza, Rabu, 2/2/2005 – Setelah 10 hari tidak melancarkan serangan ke atas Zionis-Israel, Brigade Izzuddin al Qassam, sayap tentera gerakan Hamas kembali meneruskan serangan.

Serangan itu dilakukan bagi membalas tindakan zalim Zionis-Israel yang mana pihak Zionis-Israel telah membunuh seorang pelajar Palestin di sekolahnya. Dalam satu kenyataan, yang dikeluarkan oleh almarkaz alfilistini lil Islam?lam, al Qassam menegaskan pihaknya berhasil melancarkan serangan ke penempatan Yahudi Navih Dakalim di Khan Yunis dan beberapa penempatan Yahudi di Semenanjung Gaza.

Al Qassam menyatakan bahawa serangan ini sebagai balasan ke atas tindakan zalim Zionis-Israel terhadap rakyat Palestin. Kejadian ini berlaku apabila seorang pelajar perempuan Palestin mati (baca :syahid) di serang oleh Zionis-Israel ketika pelajar itu berada di depan sekolah. Lantaran daripada itu, Al-Qassam telah melancarkan sebanyak 7 roket al-Qassam ke arah penempatan Yahudi di Semenanjung Gaza yang menyebabkan rumah-rumah di kawasan itu hancur terutama di penempatan Yahudi Navih Dakalim.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.