Israel bebaskan 700 tahanan Palestin

RAMALLAH, Tebing Barat 7/2/2005 – Seorang perunding kanan Palestin hari ini menyifatkan bahawa rancangan pembebasan tahanan negara itu yang ditawarkan oleh kerajaan Israel sebagai tidak mencukupi.

Beliau menjelaskan, rancangan tersebut tidak menepati apa yang diharapkan oleh Palestin menjelang pertemuan antara kedua-dua negara itu tidak lama lagi.

Israel semalam meluluskan untuk membebaskan 900 daripada anggaran 7,000 tahanan Palestin.

Kerajaan Israel menjelaskan bahawa tindakan itu adalah satu petunjuk baik mengenai pembinaan hubungan baik antara Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon dan pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas.

Menurut Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kabinet Israel Haim Ramon, tahanan-tahanan yang dibebaskan itu tidak terlibat dengan sebarang serangan terhadap Israel.

Namun begitu, Menteri Kabinet Palestin, Saeb Erakat mengkritik tawaran Israel terbabit dan memberitahu, ia hanya membebaskan tahanan yang dikenakan hukuman penjara jangka pendek.

“Kami mahu mereka membebaskan mereka yang telah menjalani hukuman penjara lebih 20 tahun.

“Ia tidak seperti apa yang kami jangkakan dan apa yang rakyat Palestin mahu,” katanya.

Para perunding Israel dan Palestin mengadakan pertemuan semalam bagi menyediakan agenda untuk persidangan pada minggu depan.

Bagi Palestin, mereka mahukan persidangan itu sebagai permulaan untuk proses hubungan politik yang baru dan menamatkan konflik antara kedua-dua buah negara. –

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.