Captain R bebas !!

Selasa, 8/2/2005 – Mahkamah Israel telah megeluarkan arahan untuk membebaskan komander yang bertanggungjawab menembak mati seorang budak perempuan Palestin
dari jarak dekat pada tahun lepas, menurut media Israel.


Komander yang tertuduh hanya dikenali sebagai Captain R , telah dibebaskan Ahad lepas (6/2/2005) setelah dipisahkan dari kem tentera selama 2 bulan.

Iman(budak perempuan yang syahid itu) ditembak kerana disyaki membawa bom didalam beg sekolahnya semasa menghampiri pos kawalan.

Tertuduh iaitu Captain R telah menembak Iman 2 das di kepala dan selebih peluru ditembak ke arah perutnya. Dia berkata, budak perempuan itu akan dibunuhnya walaupun berusia 3 tahun.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.