HAMAS dan ?public opinion?

Oleh Maszlee Malek (kolumnis Palestinkini)
Sekali lagi artikel Maszlee Malek mengkritik akan pimpinan Mahmoud Abbas. Adakah kita bersetuju dengan kritikan ini ? Adakah kita menyetujui corak pimpinan Mahmoud Abbas ? Adakah kita tidak setuju dengan cara HAMAS menangani tindakan gila Israel yang sentiasa dilampuhijaukan Amerika ?

Ketika Mahmoud Abbas begitu bernafsu ingin mengadakan semula siri-siri perdamaian dengan rejim Zionis yang semakin parah dan semakin menderita dikerjakan oleh fraksi-fraksi penentangan, HAMAS mempunyai pendapat yang berbeza. Sebagai menghargai jasa AS dan Zionis yang telah menaikkan beliau ke takhta presiden PA, Abu Mazen menurut segala arahan yang diberikan kepadanya oleh pentadbiran AS dan Zionis. Perkara pertama yang perlu beliau lakukan untuk membuktikan kepada ?master?nya ialah kemampuannya untuk menghentikan ?Intifadah? yang telah membuatkan rejim Zionis terpaksa menundurkan tentera mereka dan juga para penduduk penempatan haram mereka dari bumi Gaza. Intifada jugalah yang telah mengecutkan lagi peta negara haram Israel di Tebing Barat dengan pembinaan te mbok pemisah. Oleh itu ianya harus dihentikan oleh Abbas dengan apa cara sekalipun berdasarkan arahan dari AS dan rejim Zionis. Jika dia gagal dengan assignment pertamanya ini, dia juga akan menerima nasib yang sama seperti Arafat, sudah tentu itu bukan pilihannya.

Demi menjayakan ?mission impossible? tersebut, Abbas telah bertindak dengan penuh berhati-hati. Untuk melakukan kesilapan Arafat yang pernah memenjarakan para pejuang Palestin dari pelbagai fraksi itu bukanlah satu tindakan yang bijak. Dia sendiri sedar yang dia terpaksa berhadapan dengan rakyat Palestin secara keseluruhannya untuk tujuan tersebut. Ini bukanlah satu pilihan yang sesuai. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Walau bagaimanapun, Abbas seorang ahli politik yang licik dan pragmatik. Dia segera menemui fraksi-fraksi tersebut, terutamanya HAMAS. Siri-siri rundingan yang banyak telah berlangsung di antara beliau dengan beberapa pimpinan HAMAS demi memastikan HAMAS menerima cadangannya untuk meletakkan senjata. Baginya, seperti pepatah Arab mengatakan, jika ingin membunuh ular, pukullah kepalanya. Maka, jika HAMAS bersetuju untuk meletakkan senjata, fraksi-fraksi yang lain akan turut serta seperti teori domino.

Ternyata HAMAS yang sentiasa berusaha menjaga perpaduan rakyat Palestin dan juga yang telah berikrar untuk tidak mahu tercetusnya perang saudara di kalangan rakyat Palestin telah melakukan satu tindakan penuh berstrategi dan dapat menambat hati rakyat Palestin. Untuk tidak menghampakan Abu Mazen, dan demi menelanjangkan kepada dunia rupa sebenar dan kejahatan rejim Zionis, HAMAS bersetuju untuk gencatan senjata (Tahdi ah) dan bukannya meletakkan senjata (hudnah) dengan dua syarat utama. Jika rejim Zionis sanggup untuk menerima kedua-dua syarat tersebut, barulah mereka bersedia untuk tahdi ah (gencatan senjata). Kedua-dua syarat itu benar-benar menunjukkan HAMAS mewakili rakyat Palestin dan bukannya suara politik sesetengah golongan yang keras kepala dan berhati batu. Mereka tidaklah segila gerakan Jihadi ala Usamah Ben Laden mahupun al-Zarqawi. HAMAS juga telah menunjukkan mereka juga bukanlah gerakan yang kebulur duit dengan meminta wang tebusan ataupun apa-apa keuntungan duniawi seperti lanun-lanun ?Abu Syyaf?. HAMAS adalah sebuah gerakan massa yang mewakili rakyat dan mewarnai perjuangan mereka dengan warna Islam dan juga kehalusan ukiran jihad.

Tuntutan HAMAS untuk damai ?

Tuntutan pertama mereka ialah berkaitan dengan tahanan rakyat Palestin di penjara-penjara rejim Zionis yang berjumlah lebih dari lapan ribu orang. Mungkin ada yang menyangka, itu adalah untuk maslahat HAMAS, kerana kebanyakan yang ditahan itu adalah orang-orang HAMAS. Tidak sama sekali tidak!!!, dari keseluruhan lebih lapan ribu tahanan tersebut, hanya tiga ribu sahaja adalah tahanan HAMAS, selebihnya adalah daripada tahanan Fatah yang majoriti dan diikuti oleh rakyat-rakyat yang tidak berdosa, termasuk lebih daripada 800 tahanan wanita dan kanak-kanak di bawah 18 tahun. Kezaliman Zionis yang tidak diketahui dunia terhadap tahanan rakyat tersebut telah mendapat perhatian media selepas tuntutan ini dibuat. Perkara ini telah disambut baik oleh rakyat Palestin yang sentiasa ternanti-nantikan bapa, ibu, abang, saudara, kakak, aba ng dan juga anak-pinak mereka yang ditahan dan diseksa di penjara-penjara rejim Zionis. Abu Mazen yang sepatutnya menyuarakan hal ini, nampaknya tidak langsung memandang ke arahnya. Apabila HAMAS yang mengusulkan perkara ini, ternyata sokongan rakyat kepada HAMAS semakin bertambah. Abbas sendiri pun tidak pernah teringat untuk menyentuh perkara ini. Jelas sekali, siapakah yang jujur berkhidmat untuk rakyat.

Tuntutan kedua HAMAS pula ialah berkaitan dengan keganasan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin dan penempatan mereka. HAMAS menggesa pihak Zionis jika benar-benar inginkan gencatan senjata, ia mestilah gencatan senjata daripada kedua-dua belah pihak. Mengapa HAMAS menyerang tentera-tentera dan juga kepentingan Zionis?, seperti kata Khaled Misy?al, ketua biro politik HAMAS yang berada di Syria kepada Media, ialah kerana penjajahan dan juga agresif Zionis. Jika mereka inginkan HAMAS menerima tawaran gencatan senjata, mereka (Zionis) hendaklah berhenti merobohkan penempatan-penempatan rakyat Palestin di Tebing Barat, Gaza dan juga di dalam wilayah jajahan mereka semenjak tahun 1948. HAMAS juga menggesa dalam tuntutan kedua itu agar Zionis berhenti daripada membunuh para pejuang Palestin yang menjadi sasaran mereka. Ternyata tun tutan ini bernas, tanpa kedua-dua tindakan tersebut, apakah komitmen Zionis jika mereka benar-benar inginkan kedamaian.

Abu Mazen sebagai penghantar kurier bagi pihak Zionis kepada HAMAS telah bersetuju untuk membawa tuntutan HAMAS ke meja rundingannya dengan Zionis pada 8 Februari di Syarm Syeikh nanti. Isyarat Awal yang diberikan oleh Sharon ialah mereka tidak akan tunduk pada tuntutan para pengganas, tetapi bersetuju untuk melepaskan sebanyak 900 tahanan Fatah dari penjaranya sebagai umpan buat Abu Mazen. HAMAS segera mendesak dibebaskan kesemuanya tanpa dihiraukan oleh pihak rejim.

Ternyata HAMAS mewakili aspirasi rakyat. Tidak hairanlah jika mereka lebih dipercayai oleh rakyat berbanding dengan pihak-pihak lain, terutamanya pihak Fatah dan PLO. Abu Mazen sedar hal ini, atas dasar itulah di dalam salah sebuah rundingannya dengan HAMAS beliau menawarkan agar HAMAS turut serta di dalam pilihanraya legislatif yang akan berlangsung pada pertengahan tahun 2005 ini. Beliau menjanjikan kerusi-kerusi di PLO untuk HAMAS jika mereka berjaya memenangi pilihanraya tersebut. Abu Mazen bersifat realisitik, beliau tahu kemampuannya. Persoalannya, sejauh mana dia akan dapat berpegang pada janjinya?

HAMAS dan politik

Di sebalik kemenangan HAMAS di pentas politik, tidak kiralah samada di dalam pilihanraya majlis perbandaran (baladiyat) mahupun pilihanraya legislatif (yang masih belum diputuskan samada mereka akan menyertainya ataupun tidak), HAMAS akan melangkah ke era baru. Pilihanraya majlis perbandaran yang memakan masa setahun (kemudian dikurangkan kepada lapan bulan) di seluruh Gaza dan Tebing Barat sudah tentunya akan mengambil banyak daripada tumpuan HAMAS dari penentangan bersenjata ke gelanggang politik. Dalam politik ada sepak terajangnya sendiri, banyak waktu dan tumpuan perlu diberikan. Selepas kemenangan, jika HAMAS menang banyak kerusi, perkhidmatan pula perlu mereka berikan, ini akan mengambil banyak lagi daripada tumpuan mereka. Mereka juga akan berada di dalam pemerhatian rakyat sebagai yang memerintah dan bukan lag i sebagai pembangkang. Sudah tentu penilaian rakyat akan berbeza. Adakah mereka telah bersedia untuk tujuan tersebut?

Jika mereka terlibat dengan pilihanraya legislatif pula, pastinya mereka akan terpaksa berhempas pulas pula untuk kempen pilihanraya itu. Itu juga akan mengalihkan tumpuan mereka dan juga rakyat kepada politik, maka isu penentangan terhadap Zionis akan terpinggir seketika, adakah itu juga berbaloi?

Kesimpulannya, sokongan yang diberikan oleh rakyat kepada HAMAS sebenarnya tiba ke kemuncaknya, iaitu untuk diuji. Samada HAMAS akan ?all out? atau ?full swing?untuk terjun ke medan politik ataupun tidak, itu semua akan menentukan hala tuju HAMAS di masa-masa akan datang. Walau apa pun yang berlaku, mungkin kata-kata Khaled Misy?al agak boleh memberikan kepada kita gambaran tentang komitmennya HAMAS dalam perjuangan mereka, bila beliau mengatakan: ?Penentangan terhadap Zionis adalah prinsip kami, membebaskan keseluruhan bumi Palestin dari penjajahan adalah perjuangan kami, jika inginkan kami meninggalkan perjuangan kami, hentikah penjajahan…kami akan berhenti!?.