62 Syahid dan Ribuan Diusir dalam keganasan di Rafah

Sumber-sumber media Palestin dan Lembaga Bantuan PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) mengatakan, “Dalam keganasan di Rafah, wilayah selatan Semenanjung Gaza, minggu lalu, pasukan Israel telah membunuh lebih dari 62 orang Palestin dan lebih dari 150 rumah dihancurkan.

Sementara itu lebih dari 330 buah keluarga Palestin terbiar kerana kehilangan tempat tinggal dan sekitar 300 hektar tanah pertanian hancur diratakan oleh Israel.

Direktor Hospital Abu Yusuf Najar di Rafah Dr. Ali Musa mengatakan, “Kesungguhan pasukan Israel telah melakukan pembunuhan yang sebenar di Rafah. Seramai 62 dibunuh dan lebih dari 270 lainnya cedera parah.” Menurut Ali Musa, banyak di antara mereka adalah wanita dan kanak-kanak.

Dalam waktu yang sama, Lembaga Bantuan PBB untuk Pelarian Palestin UNRWA mengatakan, bahawa pasukan Israel telah menghancurkan sebanyak 150 rumah di Rafah seminggu yang lalu. Sementara itu lebih dari 330 buah keluarga yang terdiri daripada 1800 orang tebiar kerana kehilangan tempat tinggal.

Dalam laporannya, UNRWA menjelaskan bahawa setelah maklumat dikumpul, keganasan Israel di kota Rafah, telah mengakibatkan sebanyak 100 buah rumah hancur yang mengakibatkan 230 buah keluarga terdiri dari 1200 orang.

Sementara itu lebih 50 buah rumah hancur yang mengakibatkan sekitar 100 buah keluarga terdiri dari 600 orang kehilangan tempat tinggal. Kemudian sebanyak 200 rumah mengalami pelbagai kerosakan.

Menurut laporan UNRWA lagi, Israel juga telah menghancurkan sekitar 300 hektar kawasan pertanian di kota Rafah.

Menurut UNRWA, beberapa daerah mengalami nasib yang sama. Antaranya, Tel Sulthan, Rafah Barat, barazil, as Salam serta sebagian daerah Rafah Selatan dan Qisyta. Untuk mengatasi masalah ini, pihak UNRWA telah membuka dua perkampungan di sekolah al Khansa dan sekolah pelarian B. Sedang selebihnya keluarga yang mengalami nasib yang serupa ditempatkan di perkampungan kawasan lapang di Rafah.

Hal yang sama juga dilakukan Bulan Sabit Merah Palestin, dengan membuka sebuah pusat penempatan yang ke-empat yang ada di lapangan rekreasi as Salam. Di sini puluhan khemah didirikan untuk menampung keluarga-keluarga yang kehilangan tempat tinggal.

Merurut laporan lain, kejadian yang dilakukan oleh Israel di Rafah adalah satu kejadian yang sengaja dilakukan. Musa Za’rab, seorang warga Palestin yang memiliki tanah 50 hektar di kampung Barazil, mengatakan bahwa tentera Israel tidak henti-henti melakukan pemeriksaan dan penghancuran rumah-rumah.

Tidak cukup dengan itu, tentera Israel turut meranapkan kawasan pertanian yang terdapat di kampung itu.

Za’rab menambah lagi, ” Tentera Israel telah menghancurkan semua yang ada. Ratusan rumah telah diserbu. Ini megakibatkan kerosakan dan kerugian yang besar. Kawasan pertanian itu tidak mungkin dapat diguna atau diperbaiki semula?.