Israel Memanjangkan Tempoh Tahanan Rakyat Palestin Sesuka Hati

Rabu, 23/2/2005- Pihak penjara Israel telah
mengumumkan tahanan Palestin yang terlama ,
Ra’ed Qaderi, 35 thn dipanjangkan tempoh
tahanan.


Penjara yang terletak di padang pasir Negev
mengumumkan tempoh baru bagi Qaderi itu yang
mana mungkin dipanjangkan 3 bulan lagi setelah
merengkok selama 45 bulan tanpa bicara.

Beliau yang ditangkap pada 22/6/2001 kerana menjadi aktivis HAMAS. Sebelum ini beliau belajar di Universiti Al-Khalil pada 1987. Kebetulan pada masa itu intifada pertama telah meletus menyebabkan sering ditangkap oleh rejim Zionis lalu pengajiannya tidak dapat ditamatkan dengan sempurna.