Maariv: Dayton rancang besarkan pasukan penguatkuasa Abbas.

Rabu,  10/06/2009 РAkhbar Israel Maariv mendedahkan pada hari Isnin bahawa pengawai Amerika Keith Dayton menrancang untuk menambah jumlah anggota pasukan penguatkuasa Abbas untuk mengetatkan keselamatan dan mengurangkan pengaruh pejuang Palestin yang diterajui Hamas di Tebing Barat.

Pengawai Israel telah bersetuju dengan pelan ini dan yang terbaru meluluskan permintaan Abbas untuk melatih pasukannya di Jordan. Dalam berita lain pasukan keselamatan Abbas terus menahan para pejuang Palestin di Tebing Barat dimana 15 orang diculik pada hari Ahad, menyerbu 4 buah masjid dan menahan 3 pejuang Jihad Islam di Al-Khalil, Tobas, Nablus, Jenin dan Tulkarem.

Dalam usaha yang sama, pasukan keselamatan Abbas cuba menwujudkan bukti palsu terhadap 5 syuhada Qassam yang dibunuh di tangan pasukan Abbas beberapa hari lepas di Qalqilia dengan mengugut pejuang-pejuang yang ditahan untuk memberi testimoni palsu agar mereka bebas dan keluarga mereka selamat.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  anonymous

1 thought on “Maariv: Dayton rancang besarkan pasukan penguatkuasa Abbas.

  1. Assalamualaikum..
    nilah die yg dahulunya parti yg mperjuang bangsa Palestin skunk hendak mhancurkan psefahaman sesama saudara sdiri sanggup mbunuh bangsa sendiri smata2 utk mlembutkan hati musyrikin

    samalah abas, dahlan, kamal attartuk serta raja2 yg duduk di istana bgelumang dgn harta.. MUNAFIKK!!!

    smoga mrk nie turun cepat bsama dgn kuku besi zionazi amerika digantikan dgn pmimpin yg berhak mlindungi Ummah yg thimpit dgn pnindasan

    Al-Fatihah kuucapkan pd pjuang Palestin serta di Narathiwaat

    Salam.

Comments are closed.